Friday, August 22, 2014

Welcome to the family


Nak kabor yang Taman Arnab Kampung Melaka baru je terima kehadiran 3 anak arnab..sebenarnya ibu arnab ni lahir 5 ekor..2 ekor mati..tak sempat nak diselamatkan. kepada yang tak pernah tengok anak arnab..haaa macam tu la rupanya...Ibu arnab ni tak pandai jaga anaknya dan menyusu...kucing pun lagi pandai dari Arnab ni kalau bab jaga anak.


jadi saya sendiri yang kene ajarkan ibu arnab untuk menyusukan anaknya..kalau kelahiran pertama memang macam ni..ibu arnab takde pengalaman lagi..tapi bila dah dua tiga kali beranak Insya Allah dah pandai la kot..at least bagi anak arnab menyusu sehari sekali..walaupun ibu arnab tak bagi..kene juga paksa...supaya lama2 nanti ibu arnab itu akan faham tugasnya. kebiasaanya waktu menyusu yang sesuai adalah waktu malam..tp bantai je waktu bila yang anda suka.  pastikan anda letak kotak khas dlm sangkar dan diikat supaya anak arnab ni tak jatuh bila ibu arnab duduk dengan anaknya..arnab ni lasak sikit...jadi itulah serba sedikit pengalaman saya.

No comments:

Post a Comment