Thursday, March 22, 2012

Tarikan Pelancongan Di Putrajaya : Hot Balloon Putrajaya Ke-4



17.3.2012 - Bertempat di Presint 2 Putrajaya berlangsungnya karnival Hot Balloon ke-4 Putrajaya yang bakal berakhir pada ahad ini. Penyertaan dari beberapa buah negara dalam acara gilang gemilang kali ini telah berjaya menarik ribuan penonton untuk menghadiri karnival ini. Pelbagai bentuk dan aneka Hot Balloon dapat dilihat disini dan semestinya anda juga boleh menaiki Hot Balloon tersebut.

saya sempat melawat tapak karnival ini dan kelihatan orang ramai membawa keluarga masing-masing berkelah di sekitar presint 2 bagi menyaksikan pelepasan Hot Ballloon ke udara. Dikabarkan untuk menaiki Hot Baloon ini adalah berharga RM 10 dan hanya 350 pertama sahaja dapat menaikinya.

Ini merupakan satu tarikan utama putrajaya dan pelbagai acara dilangsungkan selain hot balloon ini. Diantara acara yang diadakan adalah seperti karnival, pertunjukan helikopter, persembahan artis dan pertunjukkan bunga api. Jika anda ingin pergi kesini pastikan anda datang awal  kerana jalanraya akan sesak apabila waktu tengahari sehingga petang.

*photo dari malay mail


Jangan Lupa lawati WWW.UZAIROTHMAN.COM DAN WWW.CHILLOUT.MY

No comments:

Post a Comment