Thursday, March 22, 2012

SM*SH Attack Kuala Lumpur !



17.3.2012 - Selama seminggu kumpulan dari Indonesia ini iaitu Sm*Sh atau lebih dikenali sebagai SMASH berada di Malaysia bagi mengadakan showcase dan promosi kumpulan berkenaan di negara ini. Dianggotai oleh 7 orang jejaka iaitu Rafael, Reza, Dicky, Bisma, Ilham, Rangga dan Morgan, kumpulan ini sangat digilai ramai di Indonesia. Kini kumpulan ini sudah mula memasuki pasaran musik di Malaysia dan boleh dikatakan hampir 300 000 ribu peminat kumpulan SMASH ini di Malaysia.



Kumpulan SMASH ini memperolehi nama SM*SH itu asalnya dari " 7 Man As 7 Heroes dan ianya ditubuhkan pada 10 April 2010. Mungkin masih ramai tidak tahu akan kumpulan ini,namun kumpulan telahpun berjaya meraik 1 million awards iaitu penjualan album lebih dari sejuta unit di Indonesia dalam tempoh masa 6 bulan. Selain daripada mempunyai vokal yang baik , SMASH juga mempunyai anggota kumpulan yang mahir menari dan itu merupakan salah satu tarikan utama kumpulan ini selain dari kekacakan ahli kumpulannya.



Tidak hairanlah kumpulan ini digilai ramai di Malaysia dan Indonesia kerana mereka sememangnya mempunyai bakat yang luas dalam bidang seni ini. SMASH juga telah mengadakan beberapa persembahan di Malaysia dan persembahan kemuncaknya adalah di Sg.Wang plaza pada petang sabtu yang lalu. Ribuan orang hadir bagi melihat lebih dekat ahli kumpulan SMASH dan mereka juga tidak melepaskan peluang untuk bertemu secara dengan bagi mendapatkan autograf serta bergambar dengan ahlu kumpulan SMASH.



SMASH sempat menyanyikan 5 buah lagu bagi menghiburkan peminat yang hadir pada petang berkenaan dan rata-rata penonton yang hadir adalah di peringkat umu 15 hingga 30 tahun. Ada juga peminat yang sudah berumur 40 tahun ke-atas datang memberi sokongan kepada kumpulan SMASH ini. Antara lagu yang disampaikan oleh kumpulan ini adalah seperti "I Heart You" , "Senyum Semangat" dan "Ada Cinta". Setiap lagu yang disampaikan pastinya juga turut dinyanyikan bersama oleh peminat setia SMASH di Malaysia.



Ahli kumpulan SMASH dilihat tidak sombong dan mereka sentiasa memberikan senyuman dan layanan istimewa kepada peminat setia mereka dan tidak dilupkan juga kepada media.  Jika anda ingin mendapatkan cd SM*SH , pastikan anda mendapatkan yang original dengan harga Rm 27.90. Sememangnya genre pop dance ini amat disukai rakyat Malaysia dan seolah-olah ia menyerupai kumpulan terkemuka POP Korea. Oleh itu, ia memberikan satu nafas baru kepada musik pop di Malaysia.



Saya disini ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Warner Music Malaysia dan Nuffnang Malaysia kerana sudi menjemput UzairOthman.com ke event bersama SMASH ini dan diharap kita dapat bertemu lagi di event yang akan datang.

Jangan Lupa lawati WWW.UZAIROTHMAN.COM DAN WWW.CHILLOUT.MY

No comments:

Post a Comment