Thursday, March 22, 2012

Review Film : The Hunger Games



sipnopsis :-

Filem yang diadaptasi daripada Novel tulisan Suzanne Collins ini akhirnya bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 22 march 2012 ini. Novelnya yang dijual pada 14 september 2008 ini memainkan watak utama iaitu Katniss Everdeen yang berumur 16 tahun. Beliau tinggal di kawasan lombong arang batu di utara amerika dan mempunyai sebuah keluarga bahagia yang terdiri daripada adiknya dan ibunya. Ayah Katniss telah meninggal dunia pada satu letupan di lombong arang batu di kawasan rumahnya.

Katniss seorang yang mahir dalam memburu bintanga dan beliau sangat menyangi keluarga dan kekasihnya iaitu Gale. Namun disuatu hari beliau terpaksa berhimpun bersama penduduk kampungnya bagi menyambut kedatangan The Capitol yang mencari bakat dan kehebatan penduduk kampung di District 12 tersebut.

Pada setiap tahun, The Capitol bakal memilih seorang lelaki dan perumpuan bagi menyertai "The Hunger Game" iaitu sebuah permainan yang memerlukan seseorang itu membunuh pencabar lain dan berusaha untuk terus hidup di dalam hutan disamping menghadapi pelbagai cabaran yang dihasilkan daripada komputer. Permainan yang sangat canggih ini dikawal oleh The Capitol yang menggunakan permainan ini sebagai salah satu rancangan TV.

Katniss dan Peeta akhirnya dipilih oleh The Capitol bagi mewakili District 12 dalam permainan "The Hunger Games" dan mereka terpaksa meninggalkan keluarga tersayang mereka bagi menghadapi permainan maut ini. Katniss dan Peeta dilamun cinta ketika pengembaraan mereka bagi mengharungi permainan tersebut. Namun permainan tersebut hanya mempunyai seorang pemenang. Jadi, Adakah Peeta akan membunuh katniss ataupun Katniss akan membunuh peeta ? kalau nak tahu sama-samalah anda kene tengok di pawagam..

 

Pelakon utama :-

Jennifer Lawrence sebagai Katniss

Josh Hutcherson sebagai Peeta

Liam Hemsworth sebagai Gale.

 



Review Film :-

Pada pendapat saya, filem ini sangat menarik untuk ditonton dan banyak babak menarik di dalam filem ini. Namun, klimaks filem ini adalah sangat lambat dan perjalanan ceritanya juga agak panjang. Selain itu, filem ini juga tidak mengunakan lelaki sebagai watak utama dan rakaman filem ini juga banyak mengamalkan teknik atau angle yang memaparkan mimik muka dengan lebih dekat lagi.

Anda tidak boleh membandingkan filem ini di masa kini kerana filem ini dibayangi dengan kecanggihan pada masa akan datang. Namun, logik filem ini masih ada apabila watak utama filem ini banyak memberikan lakonan yang menjadi walaupun beliau seorang perempuan. Bagi muzik dan dan kualiti filem, ianya sangat sempurna dan tidak terlalu banyak cacat cela jika dibandingkan filem fiksyen yang lain.

oleh itu, saya memberi 7 /10  bintang untuk filem ini dan ianya tidak membosankan dan ada juga diselitkan babak sedih,seram,kelakar dan juga cinta.

Lihat Trailer filem The Hunger Games (klik sini)

 

Jangan Lupa lawati WWW.UZAIROTHMAN.COM DAN WWW.CHILLOUT.MY

No comments:

Post a Comment