Thursday, March 22, 2012

Modenas Lancar Ace 115



Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas), pengeluar motosikal negara melancarkan model terbarunya, Ace 115 yang menggabungkan reka bentuk skuter dan kapcai. Motosikal tersebut bakal berada di pasaran pada minggu depan merupakan produk ke-16 syarikat berkenaan.Modenas  meletakkan sasaran jualan produk terbaru itu sebanyak 1,500 ke 2,000 unit sebulan.Motosikal ini amat sesuai untuk golongan berusia 18 hingga 35 tahun.



Model ini tampil dengan dua jenis warna iaitu Merah dan Putih. Pastinya ia akan memberi minat yang baru kepada pengguna motosikal di Malaysia. Motosikal gabungan skuter dan kapcai ini mampu dimiliki dengan harga Rm 4598.oo (Tidak termasuk cukai jalan dan insurans). Model ini tampil dengan speksifikasi yang menarik dan diantaranya model ini mempunyai dual starter.



Selain itu, dengan isian minyak sebanyak 5.3 liter mampu menghasilkan perjalanan lancar dengan tangki yang besar tanpa perlu kerap mengisi minyak. Berikut merupakan senarai speksifikasi dengan lebih detail lagi :-



 

Jangan Lupa lawati WWW.UZAIROTHMAN.COM DAN WWW.CHILLOUT.MY

No comments:

Post a Comment