Thursday, March 22, 2012

Gemar Betul Tengok Kereta Terbaru Proton P3-21A



WAH !! Menari betul tengok model terbaru kereta proton yang diuji di Bukit Jalil tempoh hari. Proton model P3-21A ini sangat cantik coraknya dan membuatkan saya terpegun melihat kereta ini. Kereta ini juga turut dikenali sebagai Persona R bakal menemui peminat model proton ini dalam beberapa bulan lagi.

Anggaran harga Proton P3-21A telah ditetapkan dari RM62K sehingga RM75K dan anda boleh membuat tempahan dengan kadar Rm 500.00 sebagai wang pendahuluan dan boleh ditempah di roadshow proton yang berlangsung di Bukit Jalil sehingga ahad ini. Berikut merupakan spesifikasi kereta model terbaru dari proton ini (klik sini).

Proton bakal menjual kereta ini dipasaran antarabangsa sekitar 6 bulan penjualan model ini di pasaran tempatan. saya amat teruja dengan kepantasan kereta ini disamping corak yang menarik dan sesuai untuk orang muda. Proton pastinya telah menguji model ini di seluruh Malaysia dan ternyata dengan kelebihan yang ada pada model ini ia mampu memberikan saingan baru kepada syarikat permotoran di Malaysia.


* photo dari http://paultan.org/2012/03/14/proton-p3-21a-is-the-big-ticket-item-at-power-of-1/


Jangan Lupa lawati WWW.UZAIROTHMAN.COM DAN WWW.CHILLOUT.MY

No comments:

Post a Comment