Wednesday, January 11, 2012

Liga Super 2012 : Selangor Cemas Sebelum Ikat Negeri Sembilan !





10/1/2012 - Bertempat di Stadium Tengku Abdul Rahman Paroi berlangsungnya perlawanan pertama liga super 2012 diantara pasukan tuan rumah Negeri sembilan menentang pasukan jiran iaitu Selangor. Pasukan Negeri sembilan yang baru sahaja menjulang piala sumbangsih tempoh hari setelah menumpaskan kelantan dengan jaringan 2-1 tampil dengan lebih bersemangat untuk memburu tiga mata penuh di laman sendiri.





Tampil dengan penuh semangat dihadapan penyokong sendiri akhirnya membuatkan hasil apabila negeri sembilan dihadapan 1-0 setelah pemain importnya iaitu Effa Owona menanduk masuk bola hasil hantaran oleh Rashid. Kelekaan pertahana selangor ternyata memakan diri apabila mudah pemain mencari ruang yang kosong untuk melepaskan tandukan berharga tersebut.





Mendahului dengan 1-0 serta menguasai pada babak pertama, Negeri sembilan sekali lagi memberikan tekanan kepada selangor apabila berjaya mendapatkan sepakan penalti pada minit ke-32 apabila nasriq baharom menjatuhkan sharulain di dalam kotak penalti. Effa Owona sekali lagi tiadk mensia-siakan peluang apabila merembat ke sebelah kiri gawang gol selangor untuk menumpaskan Azlan Razali yang hanya menjangkakan bola itu disebelah kanan.





Selangor yang ketinggalan pada babak pertama kembali mengatur semula perlawanan dengan membuatkan beberapa pertukaran penting dengan memasukkan k.soley dan R.surendran telah berjaya mengubah permainan selangor dan akhirnya selangor berjaya mendapatkan jaringan berharga pada minit 66 apabila amirulhadi zainal melepaskan satu sepakan bebas dan menerjah ke dari kiri gawang gol negeri sembilan selepas menerima hantaran bola dari k.soley. jaringan tersebut ternyata sekali menaikkan semangat pasukan selangor yang gagal beraksi baik pada separuh masa pertama.





Selangor terus garang untuk bangkit dan akhirnya usaha keras tersebut dibalas dengan selangor menerima sepakan penalti dan mudah disudahkan oleh safiq rahim untuk meletakkan selangor mengikat pasukan negeri sembilan 2-2 dan seterusnya berkongsi satu mata dari stadium paroi ini. Mutu pengadilan yang teruk menjadikan perlawanan ini tidak seimbang dan keputusan tidak wajar dari pengadil amatlah mengecewakan penonton Selangor mahupun negeri sembilan. Diharap pihak FAM membaiki mutu pengadilan bola sepak di Malaysia dan perlulah melahirkan pengadil yang adil dan cekap mengawal permainan terutama dalam aspek tipu helah pemain serta cepat membuat keputsan.





tahniah kepada kedua-dua pasukan yang telah berkongsi mata dan persaingan liga super masih luas dan tidak boleh meramalkan pasukan manakah yang bakal merampas makhota kejuaraan dari pasukan kelantan yang berjaya menewaskan young lion di singapore malam tadi. berikut merupakan keputusan liga super semalam :-


Felda United (2) lwn Sabah (0)
Lion XII (1) lwn Kelantan (2)
Sarawak (2) lwn Kuala Lumpur (0)
Negeri Sembilan (2) lwn Selangor (2)
Selangor PKNS (1) Johor FC (2)
Perak (1) lwn Terengganu (0)
PBDKT T-Team (3) lwn Kedah (0)




Player enterance - selangor and negeri sembilan




Negeri Sembilan 2-2 Selangor | Liga Super 2012




sorakan fans selangor selepas tamat perlawanan.tahniah !!





Kesebelasan Utama Selangor :- Razman Roslan, Asraruddin Putra Omar, Ramez Jamal, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, K. Gurusamy, P. Gunalan, Amri Yahya (KP), Azidan Sarudin, Amirulhadi Zainal, Norazlan Razali (GK)

Simpanan :-
Fairul Azwan, Hasmarul Fadzir, Adib Aizudin, Solihin Kanasiah, Bunyamin Omar, R. Surendren, Fazilidin Khalid

Pengadil Perlawanan :-
Pengadil - Syed Azhar Syed Kamar
Pen Pengadil 1 - Nojey Ak Nakeng
Pen Pengadil 2 - Khalid Mohd Noh
Pegawai 4 - Azizul Hakim Mohd Nor


Jangan Lupa lawati WWW.UZAIROTHMAN.COM DAN WWW.CHILLOUT.MY

No comments:

Post a Comment