Wednesday, January 11, 2012

Belajar Sekolah Memandu Dengan Kereta Automatik Mei Ini !




Perkongsian cerita :

Kementerian Pengangkutan memberi pilihan kepada calon institut memandu untuk memilih kenderaan transmisi automatik dalam sesi ujian memandu mulai Mei ini selaras dengan pengenalan Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu.Langkah ini akan memberi pilihan kepada hampir sejuta calon institut memandu setiap tahun untuk memilih sama ada memandu kenderaan transmisi automatik atau manual.

Namun kementerian telah menetapkan bahawa calon memilih transmisi automatik, mereka hanya dibenarkan memandu kenderaan transmisi yang sama selepas memperolehi lesen kelak.Hanya calon yang lulus dengan kenderaan transmisi manual dibenarkan memandu kenderaan manual dan automatik.Menerusi pengenalan lesen memandu baru itu,Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memantau dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan terhadap mana-mana pemandu yang mempunyai lesen transmisi automatik yang memandu kenderaan transmisi manual.



Untuk makluman anda, bakal ada undang-undang baru dan peraturan baru mengenai pengguna kenderaan mengikut transmisi dan tindakan akan dikenakan bagi pemandu yang melanggar peraturan jalan raya yang telah ditetapkan JPJ. kepada semua pengambil lesen baru diharap dapatlah membuat keputusan yang betul dan buat pilihan yang tepat dalam memilih lesen kenderaan anda.



Jangan Lupa lawati WWW.UZAIROTHMAN.COM DAN WWW.CHILLOUT.MY

No comments:

Post a Comment