Thursday, January 12, 2012

13 Barang Harga Kawalan Di Tahun Baru Cina


 

Kuala Lumpur - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengumumkan 13 jenis barangan terkawal di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2012.Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu kepada media bahawa  skim berkuat kuasa selama 12 hari dari 19 hingga 30 Jan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 23 Jan ini.

13 barang harga terkawal ini adalah yang selalu dibeli oleh  masyarakat Cina sempena Tahun Baru Cina. Jika tidak kawal, peniaga-peniaga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga. Oleh itu, pihak kerajaan sangat prihatin kepada rakyat Malaysia dengan memantau kenaikan harga pada Tahun Baru cina ini.

barangan harga kawalan adalah seperti berikut :-

  • ayam standard (RM7/kg),

  • ayam super (RM7.80/kg),

  • telur ayam gred A (0.36sen sebiji), B (0.35sen) dan C (0.34sen).

  • kubis bulat import (Indonesia dan China, tidak termasuk kubis Beijing) pada harga RM3.50/kg

  • bawang putih dari China (RM5/kg),

  • ikan bawal putih besar (RM38/kg),

  • udang putih besar (RM35/kg),

  • babi hidup (hanya di peringkat ladang),

  • perut babi (RM20/kg)

  • daging babi tanpa lemak dan berlemak (RM15/kg).


Bagaimanapun di Sabah dan Sarawak harga maksimum 13 barangan terbabit kira-kira 10 peratus lebih tinggi berbanding di Semenanjung.Peniaga diwajib meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan harga terkawal. Oleh itu, para pembeli haruslah peka dengan kenaikkan harga barangan ini supaya anda tidak tertipu dengan peniaga.

Bagi mengatasi sebarang masalah kenaikan harga,Kementerian telah menetapkan  seramai 1,941 pegawai penguatkuasa KPDNKK dan 1,314 pemantau harga akan memantau harga barang terkawal di sebanyak 146 kawasan/ daerah di seluruh negara iaitu 89 kawasan di Semenanjung, 32 (Sarawak), 24 (Sabah) dan satu di Labuan.

Jika para pelanggan mendapati pihak peniaga menaikkan harga barangan kawalan anda boleh membuat Aduan mengenai peniaga yang tidak mematuhi skim tersebut  menerusi emel ke e-aduan@kpdnkk.gov.my, atau talian bebas tol 1-800-886-800, SMS ke 15888 dengan menaip “KPDNKK ADUAN > butiran aduan” atau lapor terus di pejabat KPDNKK di seluruh negara. Kerjasama semua pihak adalah  penting bagi membenteras peniaga yang bertindak sesuka hati ini.

Jangan Lupa lawati WWW.UZAIROTHMAN.COM DAN WWW.CHILLOUT.MY

2 comments:

  1. hoho setiap kali perayaan mesti ada pyer la barang kawalan...

    ReplyDelete
  2. Selalunya CNY harga barang banyak yang offer tapi perayaan lain tu kekadang tak murah pun harganya selain dari harga kawalan. ...berjimat membawa berkat.

    ReplyDelete