Friday, November 4, 2011

Nubhan Singkirkan Hazama?

Kumpulan Meet Uncle Hussain (MUH) sudah mula membuat keputusan untuk memilih penyanyi Nubhan bagi menggantikan Hazama untuk menyanyikan lagu Pokok di separuh akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-26.Lagu tersebut akan dipertandingkan pada separuh akhir AJL pada 25/11.. kumpulan MUH mempunyai alasan tersendiri mengapa mereka memilih Nubhan berbanding Hazama yang merupakan penyanyi asal lagu itu. Oleh kerana pada pencalonan Muzik Muzik 26, tiba-tiba Hazama menyertai Akademi Fantasia (AF) musim kesembilan secara mengejut dan Kebetulan pula Nubhan menyertai ujibakat dengan komposer Taja dan mempunyai suara yang sesuai untuk lagu Pokok.Nubhan hanya diberi tiga hari untuk latihan sebelum menyertai pencalonan Muzik Muzik 26. Komitmen yang telah diberikan oleh Nubhan kepada kami pada saat-saat akhir itu adalah penyelamat dan penghargaan kepada MUH.Bagaimanapun sekiranya Nubhan yang akan bawakan, Taja pasti lakukan susunan semula lagu itu agar bersesuaian untuk Nubhan. Nubhan menerangkan bahawa dia hanya menyerahkan perkara itu kepada MUH dan hanya menerima tawaran untuk menyanyikan lagu Pokok sekiranya diminta oleh MUH. Beliau juga berharap peminat lagu ini tidak membandingkan suara antara saya dan Nubhan..
Lagu Pokok yang dicipta khas untuk Hazama itu bakal dinyanyikan oleh Nubhan dan ini bakal mengubah semula nada dan muzik lagu tersebut bagi menyesuaikan untuk Nubhan..pemilihan ini dibuat berdasarkan komitmen tinggi Nubhan dan usaha itu dibalas dengan MUH memberikan peluang ini kepadanya. *Photo from google & MStar online

No comments:

Post a Comment