Friday, November 11, 2011

Kemalangan Di Hari Raya AidilAdha

Dikala ramai orang bergembira , ada juga insan yang bersedih apabila pada jam 3 petang tadi berlakunya satu kemalangan ngeri di taman seri jambu ,kajang selangor apabila sebuah kereta myvi terbabas kerana mengelak sebuah kereta lalu termasuh kedalam parit tali air di taman berkenaan..kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu seorang anak muda terbabas kerana mengelak kereta yang dipandu oleh seorang pakcik lalu akibat terlalu laju kereta itu terjunam ke dalam parit tali air tersebut.. namun mungkin takdirnya , dua orang lelaki di dalam kereta tersebut berjaya menyelamatkan diri dan keluar tanpa seberang kecederaan kerana keretanya dilindungi oleh airbag yang menyelamatkan kepala kedua-dua penumpang kereta tersebut..jadi kepada anda yang pulang ke kampung halaman..berhati-hatilah dan pandu cermat jiwa selamat serta ingatlah orang yang tersayang.

No comments:

Post a Comment