Thursday, October 27, 2011

Tasya Kamila - Bintang Muda

Shafa Tasya Kamila atau dikenali sebagai Tasya Kamila merupakan bintang muda yang mula menyinar di dunia muzik seberang..Tasya yang terkenal dengan lagu "Jangan Takut Akan Gelap" dimana lagu itu beliau berduet bersama Duta Sheila on 7 dan Eross chandra pada tahun 2001 yang hangat diperdengarkan di dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia..Lagu ciptaan Eross chandra dari Sheila on 7 itu membawa nama Tasya dikenali diseluruh nusantara.. namun setelah lama tidak mengeluarkan album, Artis yang lahir pada 22 November 1992 di Jakarta ini telah pun mengeluarkan single terbaru beliau yang berjudul 'Say No'...lagu mix dua bahasa itu menampilkan lirik di dalam bahasa Indonesia dan Inggeris sudah mula diperdengarkan di radio tempatan..
Tasya Kamila bermula karier sebagai artis dengan menjadi Duta iklan di Indonesia sebelum menjadi penyanyi dan mengeluarkan album pertamanya berjudul 'Libur Telah Tiba' ..album yang terjual lebih dari 350 ribu itu membuatkan penyanyi kecil molek ini mengeluarkan album keduanya yang bertajuk 'Gembira Berkumpul' pada tahun 2001..daripada situlah nama tasya kamila mula dikenali dan terkenal sehingga kini.. mungkin penyanyi ini masih baru diperkenalkan di malaysia..namun Tasya Kamila juga sudah ada peminatnya tersendiri kerana penyanyi ini sangat terkenal dengan lagu 'jangan takut akan gelap' dan lagu itu masih lagi di dengari bagi sesetenga peminat muzik di malaysia..setelah itu, Tasya sekali lagi tampil dengan beberapa album seperti Ketupat Lebaran (2002), Istana Pizza (2003) The Very Best of Tasya (2005) dan yang terkini adalah Say No (2011).. kini nama Tasya Kamila sudah terpahat di dunia hiburan negara sebarang dan belia pernah membintangi sebuah filem yang berjudul 'Sinema Romantis' serta banyak terlibat dalam drama di Indonesia..Tasya Kamila menjadi tumpuan UzairOthman.com kerana uzair sudah mula mengenali artis ini sejak beliau kecil dan kini beliau telah pun berusia 18 tahun..beliau seorang yang berbakat besar dan sangat comel masa kecik :)

No comments:

Post a Comment