Friday, October 7, 2011

Sidang Media : Konsert Westlife Gravity Tour Live In KL !

8/10/2011 - Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil berlangsungnya Majlis sidang media dan konsert Westlife Gravity Tour Live in KL..Band berasal dari Dublin,Ireland ini tiba di malaysia pada 6 oktober sejurus selepas mereka menamatkan konsert di Indonesia..kedatangan kali westlife kali ini mendapat sambutan hangat peminatnya yang amat merindui anggota band ini yang terdiri daripada kian,mark,shane dan nicky yang seringkali menghiburkan hati peminatnya di malaysia.. 14 tahun tertubuhnya band ini membuatkan mereka kembali menemui peminat melalui Gravity tour ini..Westlife yang popular dengan lagu My Love, Uptown girl, when you looking like that serta pelbagai lagi telah membuatkan peminat setia mereka sentiasa menyokong band ini walaupun Westlife telah pun berusia lebih 14 tahun di dalam karya seni ini..
ketika UzairOthman.com menemui Westlife di sidang media ini, Uzair sendiri dapat merasakan suasana yang hangat dan teruja kerana ia meningatkan kembali uzair ke zaman kanak-kanak dahulu dimana westlife terkenal dengan lagu " I have a dream" dan "season in the sun".. kehadiran westlife ini semestinya membuatkan anda semua terpukau dengan aksi mereka dan sudah pasti akan menimbau kembali zaman persekolahan anda kerana westlife terkenal pada lewat 90 an..beberapa soalan media ditujukan kepada westlife dan salah satunya adalah :- Q : bagaimanakah westlife mengekalkan kecergasan ketika sudah berusia ? A : menjaga permakanan yang baik dan sentiasa melakukan senaman yang kerap. Q : adakah westlife akan menerima anggota baru untuk menggantikan Brian? A : Tidak, kerana westlife masih mengekalkan format berempat dan sumbangan Brian tidak boleh dilupakan kerana Brian juga membawa nama westlife naik dimata dunia. Q : adakah dengan kesibukan melakukan jelajah. adakah westlife ada masa untuk keluarga? A : semestinya ada dan kami sentiasa berhubung walaupun jauh.. Q : lagu apakah westlife akan sampaikan pada konsert kali ini? A : hitz dari album pertama hingga terkini dan sesemestinya album lama yang akan meningatkan kembali wujudnya westlife.

No comments:

Post a Comment