Thursday, October 27, 2011

Review Film : Don't be afraid of the dark

25/10/2011 - bertempat di GSC Mid Valley UzairOthman.com hadir ke Nuffnang Premiere Screening - Dont be afraid of the dark..filem ini boleh dikatogerikan sebagai filem seram..namun seramnya kali ini bukannya melibatkan hantu..tapi ia melibatkan sejenis bintang yang hidup di dalam tanah dan membunuh manusia pada waktu tertentu..perjalanan filem ini agak perlahan dan tidak banyak babak yang menyeramkan..sound effect filem ini juga tidak dapat membuatkan rasa seram itu lebih mendalam buat penonton.. bagi saya , filem arahan Troy Nixey ini lebih pada kehidupan keluarga berbanding dari tema asal filem ini iaitu seram..banyak perkara yang melemahkan filem ini namun filem ini masih bagus kerana grafik filem ini adalah terbaik dan babak-babak yang dilakonkan menjadi kerana dibintangi oleh pelakon yang terbaik..hanya perjalanan ceritanya yang agak membosankan penonton.. jika diberikan bintang saya beri 2/5 bintang untuk filem ini kerana jalan ceritanya yang panjang dan membosankan..namun filem ini masih sesuai untuk tontonan umum dan ia boleh lagi diterima penonton..mungkin bagi sesetengah penonton yang gemar filem komedi seram , lebih baik anda menonton filem yang lain kerana filem ini lebih kepada jalan ceritanya sahaja..
Pelakon filem ini :- Bailee Madison as Sally Hirst Katie Holmes as Kim Guy Pearce as Alex Hirst Alan Dale as Jacoby Jack Thompson as Harris Julia Blake as Mrs. Underhill Garry McDonald as Emerson Blackwood Edwina Ritchard as Housekeeper (Miss Winter) Nicholas Bell as Psychiatrist James Mackay as Librarian untuk maklumak lanjut atau ringkasan cerita ini anda boleh lihat di sini http://www.dontbeafraidofthedark.com/

No comments:

Post a Comment