Tuesday, October 25, 2011

Konsert Muzik Fiesta Indonesia Terbaik !!

aksi sheila on 7 yang menghiburkan lebih 10 000 ribu penontong yang hadir
Konsert Muzik Fiesta Indonesia celcome sukses ini berlangsung pada 23/10/2011 di stadium merdeka kuala lumpur. Konsert yang menampilkan persembahan artis dari seberang ini tampil dengan beberapa artis seperti Dewi Persik, godbless, Monata dan Sheila on 7.(uzairothman.com).Sementara itu Jinbara dan Kristal menjadi band pembukaan konsert tersebut..hampir 10 ribu orang menghadiri konsert yang penuh dengan musik indonesia ini..
fokus utama uzair pada konsert ini semestinya sheila on 7 (so7)..so7 merupakan band yang terawal ke malaysia dan peminat so7 masih lagi ramai di malaysia ..sheila on 7 tampil sebagai artis pertama membuka tirai persembahan artis dari indonesia dengan menampilkan beberapa lagu hitz mereka dari tahun 1999 hingga 2011..s07 juga baru release album terbarunya berjudul "berlayar" yang memuatkan single 'hari bersamanya' dan 'pasti ku bisa' yang sudah dimainkan di radio tempatan..album tersebut sudah mencapai jualan double platinum di indonesia dan ia membuktikan fans sheila on 7 masih masih banyak dan lagu-lagu mereka masih di dengari.. di konsert ini sheila on 7 menyampaikan beberapa lagu dari album pertama hingga terkini seperti 1. Pasti ku bisa 2. sahabat sejati 3. seberapa pantas 4. Jadikanlah aku pacarmu (JAP) 5. Buat aku tersenyum 6. bila kau tak disampingku 7. hujan turun 8. hari bersamanya 9. kita 10.Anugerah terindah yang pernah ku miliki 11.Itu aku 12.Dan 13.sebuah kisah klasik untuk masa depan 14.Melompat lebih tinggi kesemua lagu yang dibawakan oleh sheila on 7 ini pastinya mengimbau memori para penggemar sheila on 7 yang teruja dengan kembalinya so7 ke malaysia..sheila on 7 bakal release single ke-3 di album ' berlayar' dalam masa terdekat ini cuma hanya tidak tahu diatara lagu ' bait pertama' atau 'hujan turun' untuk dijadikan single ke-3 so7..uzair (uzairothman.com) juga sempat bertemu dengan ahli kumpulan so7 dan sempat berceloteh panjang mengenai perkembangan terbaru band asal jogja ini..
kristal membuka tirai konsert fiesta indonesia
sementara itu, dua band dari malaysia iaitu jinbara dan kristal membuka tirai persembahan pada konsert kali ini dengan menampilkan beberapa lagu hitz mereka yang popular sejak dahulu..diantaranya 'cinta pantai merdeka' dari jinbara dan 'cinta tiga segi' dari kristal..penonton indonesia yang hadir juga tahu menyanyikan lagu dua band ini dan mereka disambut dengan begitu meriah sekali oleh penonton yang hadir..
jinbara menghangatkan lagi suasana di stadium merdeka
Konsert yang dianjurkan oleh Clockwork Events ini menarik ramai penonton muzik indonesia dan dianggarkan lebih dari 10 ribu orang yang hadir..(uazirothman.com) tiket berharga RM 20 sememangnya murah dan berpatutan..disamping itu pihak security yang disediakan oleh pengajur adalah sangat baik dan ramah serta menjaga keamanan konsert dengan baik sekali..tahniah pihak pengganjur yang telah mengadakan satu konsert yang besar dengan jayanya..
inilah gelagat penonton yang hadir dan mereka sangat sporting walaupun dalam keadaan yang agak excited kerana semangat cintakan muzik..mereka menyanyikan bersama lagu-lagu kegemaran mereka tanpa berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.(uzairothman.com).kepadatan penonton adalah punca utama beberapa keadaan yang memaksakan artis berhenti menyanyi seketika ketika membuat persembahan..terima kasih kepada band sheila on 7 kerana berjaya meleraikan beberapa siri pergaduhan penonton kerana terlalu berasak-asak ketika konsert dilangsungkan..
fans perumpuan juga tidak ketingglan menyaksikan artis kegemaran mereka ..walaupun dalam keadaan yang padat mereka masih lagi tidak berganjak untuk memberi sokongan kepada artis kepujaan mereka..konsert kali ini juga berjalan lancar dimana sound system yang disediakan oleh penganjur adalah terbaik dan musik yang disampaikan lebih jelas dan tidak banyak menghadapi masalah teknikal.. uzair juga ingin berterima kasih kepada Glam world malaysia yang sudi ajak uzair ke concert ni dan diharap dapat la ajak uzair kalo ada event pape lagi ye..hehe..antara kenangan uzair di konsert ini adalah uzair sempat meluangkan masa dengan anggota sheila on 7..uzair sememangnya meminati band ini sejak dari zaman persekolahan lagi..ketika umur baru 9 tahun waktu itulah uzair dah mula menyanyikan lagi 'dan' dan 'sephia'...jadi adalah beberapa gambar kenangan uzair dengan sheila on7 di konsert tersebut..
uzair bersama vokalis sheila on 7 iaitu Duta
uzair bersama eross chandra (penulis lirik sheila on 7)
UzairOthman.com interview sheila on 7 di backstage
uzair bersama drummer sheila on 7 iaitu Brian
akhirkata dari uzair konsert fiesta muzik indonesia kali ini memang best !!!

No comments:

Post a Comment