Saturday, September 3, 2011

Takziah buat keluarga Noramfaizul




Jurukamera BernamaTV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia. Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersil untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.

Arwah yang meninggal dunia di hospital berdekatan pada jam 6.15 waktu tempatan pastinya meninggalkan rasa tidak senang rakyat malaysia di somalia yang dijangka pulang pada keesokan harinya..pihak yang menembak arwah ini perlulah dihukum seadilnya kerana arwah tidak bersalah dalam apa-apa hal di somalia..

Takziah buat keluarga Noramfaizul diatas pemergian beliau..marilah kita sama-sama sedekahkah AL-Fatihah supaya rohnya dicucuri rahmat..namun ada beberapa perkara yang amat menguris hati rakyat malaysia apabila gambar arwah tidak berbaju disebarkan di laman sosial facebook dalam keadaan bahunya yang berlubang akibat terkena tembakan tersebut..perkara ini amat memalukan dan menaibkan jenazah serta keluarga mangsa..perkara tidak bertanggungjawab ini perlu diambil tindakan diatas mana-mana pihak yang menyerbarkannya..

Uzairothman.com sekali lagi mengucapkan takziah dan diharap pihak somalia dapat bertanggungjawab dengan apa yang terjadi pada rakyat malaysia ini..Al-fatihah..

No comments:

Post a Comment