Tuesday, September 6, 2011

Keputusan Piala Malaysia - Game 1



Perlawanan tumpuan uzairothman.com adalah Dalam Group D ,Misi 33 selangor bermula sumbang apabila tewas kepada T-Team 1-0 melalui jaringan Nor Fazli Elias pada minit ke-74..kelemahan pertahanan selangor yang dikawal oleh nasriq dan yosri menjadi punca utama kekalahan selangor pada malam tadi..penjaga gawang selangor ,Jeevanathan bermain baik dan beliau sendiri tidak boleh dipersalahkan kerana pertahanan selangor seringkali melakukan kesilapan dan banyak memberi ruang kepada pemain t-team..PDRM tewas kepada kuala lumpur dengan jaringan 3-0 dalam satu lagi saingan group D.

Bagi Group B PKNS tumbang 1-2 kepada negeri sembilan manakala sime darby tewas 0-3 keatas pasukan terengganu di kelana jaya.kelantan menang 2-0 keatas pasukan sarawak melalui jaringan s.chanturu dan norshahrul idlan pada babak kedua permainan.felda united juga menang bergaya 2-o keatas pasukan johor fc di stadium jcorp..bagi pasukan sabah yang berada dalam group A sekadar seri denagn perak di stadium likas dan kedah menang 2-0 keatas johor di stadium larkin.


Keputusan Perlawanan pertama :

Group A :

Sabah (0) - Perak (0)
Johor (0) - Kedah (2)

Group B :

PKNS (1) - N.Sembilan (2)
Sime Darby (0) - Terengganu (3)

Group C :

Sarawak (0) - Kelantan (2)
Johor FC (0) - Felda United (2)

Group D:

T Team (1) - Selangor (0)
PDRM (0) - Kuala Lumpur (3)

No comments:

Post a Comment