Monday, September 5, 2011

3 pemain pinjaman selangor mula menyinar !



Haziq sudah bersedia merampas kesebelasan utama selangor


Selangor yang meminjam 3 orang pemain iaitu Nazri Ahmad (harimau muda A), Haziq Zikri Elias (Harimau muda A) dan Jeevanthan (USM FC) bakal memulakan aksi piala malaysia esok bertemu T-Team di kuala terengganu..ketiga-tiga pemain pinjaman selangor ini bakal dihitung esok dimana Haziq zikri elias lebih banyak mendapat tempat dalam kesebelasan utama namun dengan kembalinya Amirulhadi zainal dalam pasukan selangor membuatkan pemain harimau muda A itu terpaksa bersaing semula untuk mendapatkan posisi sayap kanan pasukan selangor..


Jeeva mungkin merampas penjaga gawang utama selangor pada piala malaysia ini

bagi posisi gawang gol selangor , Jeevanthan banyak memberikan impak dalam menentukan kekebalan pasukan selangor dalam saingan piala malaysia ini..Jeva juga masih belum pasti diturunkan kerana saingan hebat dari Iqbal suhaimi dan Saiful Amar sudar sudah pasti akan memberikan persaingan menarik dalam perebutan penjaga gawang selangor pada piala malaysia kali ini..


Nazri Ahmad jarang diturunkan namun mampu mengawal pertahanan selangor

pemain pinjaman ketiga selangor iaitu Nazri Ahmad yang bermain di posisi pertahanan kanan sudah pasti amat sukar untuk diturunkan ,namun jika pemain ini beraksi baik semasa sesi latihan..sudah pasti K.Devan akan menurunkan beliau andai kata Razman Roslan atau D.surendren tidak dapat diturunkan..selangor yang memilki kelebihan dari segi taktikal dan pemainnya yang mampu bermain pelbagai posisi membuatkan banyak pasukan seringkali bimbang jika bertemu selangor..

kali terakhir selangor memenangi piala malaysia adalah pada tahun 2005 dimana pasukan selangor menewaskan Pasukan perlis di perlawanan akhir melalui jaringan hartrik dari bambang pamungkas..FAM juga membenarkan 2 orang pemain import bagi saingan musim hadapan dan pastinya akan menambahkan kemeriahan liga malaysia 2012..jangan lupa saksikan perlawanan T-Team menentang selangor yang disiarkan secara langsung di Astro Arena 801 pada jam 8.45 malam esok.

ini merupakan barisan kesebelasan utama selangor sewaktu sesi latihan pertunjukkan tempoh hari.

barisan kemungkinan pemain selangor :

1. Iqbal Suhaimi
2. Razman Roslan
3. Nasriq Baharom
4. P. Gunalan
5. Safiq Rahim
6. Hardi Jaafar
7. Asraruddin Putra Omar
8. Fazli Shaari
9. Amirulhadi Zainal
10.Amri Yahyah
11.Yosri Dermaraju


giat pemain selangor menjalani latihan menjelang piala malaysia

2 comments:

  1. diharapkan ketiga-tiga pemain pinjaman ni akan menyinar apabila beraksi untuk pasukan selangor bagi kempen piala malaysia tahun ni.

    ReplyDelete