Friday, August 19, 2011

Universal Music Berbuka Bersama Anak Yatim


Para artis memberi duit raya kepada anak-anak yatim


20/8/2011 - Bertempat di Shazana Pau Shop & Cafe (KG.Baru) berlangsungnya satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Universal Music Malaysia bagi meraikan berbuka puasa bersama Anak-Anak Yatim. Di majlis tersebut pihak Universal Music menjemput beberapa orang blogger dan artis yang bernaung dibawah Universal bagi berbuka puasa bersama. Ramai juga artis yang hadir dan yang sempat saya jumpa adalah Yazer AF3, Ana Raffali, 6ixth Sense,Man kidal, Saujana, Kugiran Tepi Pantai dan Ahamad Ahamad.


suasana berbuka puasa di Shazana Pau Shop & Cafe


Majlis berbuka puasa ini ditaja khas oleh Shazana Pau Shop & Cafe (KG.Baru) dan restoran ini terletak di Jalan Raja Alang, KG.Baru..makanan yang disediakan cukup dan sangatlah sedap sehingga saya tak sempat nak rasa semuanye..disini terkenal dengan Pau tapi amat sayang sekali kerana saya tak sempat nak merasanya kerana lebih fokus kepada nasi..hehe..maklum la..berbuka puasa kan...


gelagat Yazer AF3 memberikan duit raya kepada anak-anak yatim


Dalam kegembiraan kita meraikan aidilfitri,anak-anak yatim yang hadir juga dihiburkan dengan persembahan artis yang hadir..mereka juga sangat bertuah kerana pihak penganjur memberi duit raya kepada mereka untuk aidilfitri ini dan terpancar kegembiraan mereka walaupun berhari raya tanpa orang tersayang.. majlis amal yang dianjur oleh Universal music seperti ini amat bagus dan perlulah dicontohi kerana menyumbangkan sebahagian harta ke anak-anak yatim merupakan satu ganjaran yang besar di akhirat nanti..



saya bersama Ana Raffali di Majlis Berbuka puasa Universal Music


Di majlis ini saya sempatlah beramah mesra dengan Ana Raffali yang amat sporting sekali dan beliau juga bermurah hati kerana menyediakan photo printer untuk print gambar peminat bersama Ana Raffali dan autograf gambar tersebut untuk dijadikan kenangan bersemperna hari raya ini..kat sini adalah satu gambar saya bersama Ana Raffali berserta autograf beliau yang mengucapkan Selamat Hari raya kepada Uzair Othman.


Ana Raffali di Majlis Berbuka Puasa Universal Music




terima kasih kepada Ana Raffali diatas ucapan hari raya ini..hehe


Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan artis yang memukau dari Ahamad Ahmad merupakan penyanyi Duo yang amat menarik sekali dan berjaya memukaukan penonton yang menyaksikan persembahan mereka ..nyanyian dan muzik mereka sangat unik dan berlainan dengan artis yang lain ..disamping itu juga , Yazer AF3 juga turut menyampaikan beberapa buah lagu dari album pertamanya yang berjudul "Raja Dan Hamba" yang sudah berada dipasaran sekarang.







Persembahan dari Yazer dan Ahmad Ahamad


Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universal Music kerana menjemput ke majlis berbuka puasa dan terima kasih juga kepada pemilik restoran yang menaja makanan berbuka puasa iaitu Shazana Pau Shop & Cafe yang menyediakan makanan yang sangat sedap dan saya pasti akan kesana lagi..Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari UzairOthman.com .. :)



gambar kenangan bersama para blogger yang hadir

No comments:

Post a Comment