Sunday, August 14, 2011

Spanish Super Cup: Real Madrid (2) - Barcelona (2)


Perlawanan yang dinantikan oleh peminat EL-Clasico berlangsung malam tadi iaitu Piala Super Sepanyol yang menemukan juara liga Barcelona dan juara Copa Del Ray iaiut Real Madrid..piala ini dilangsungkan secara timbal balik dan perlawanan pertama semalam dilangsungkan di Santiago Bernabeu..Real Madrid yang masih segar dengan kemenangan bergaya pada Pra-musim yang lalu dengan rekod 7 kemenangan tanpa kalah lihat lebih bersedia untuk mengharungi perlawanan ini..

pasukan bimbingan jose mourinho itu mendahului Barca seawal minit ke-12 setelah pemain harapan madrid iaitu Mesut Ozil yang meletakkan real satu gol dihadapan..perlawnana yang dikuasai oleh real pada separuh masa pertama tidak banyak membantu pasukan itu meraih gol..pada minit ke-35, Barca merapatkan jurang gol dengan David villa meledakkan jaringan hasil satu rembatan terus yang menewaskan penjaga gol real iaitu casillas..real yang sudah mula tertekan akhirnya terpaksa memboloskan satu gol lagi,kali ini melalui leonal Messi pada penghujung babak pertama dan meletakkan barca 2-1 dihadapan..

pada separuh masa kedua,kedua-dua pasukan masing-masing cuba bermain berhati-hati dan lebih banyak bertahan namun real berjaya bangkit untuk menyamakan kedudukan melalui Xabi Alonso yang mudah menewaskan penjaga gawang barca iaitu victor valdez..permainan yang keras dan sikap berat sebelah pengadil ternyata terbukti memihak kepada Barcelona dan buktinya adalah dimana victor valded menjatuhkan cristiano ronaldo di dalam kotak penalti namun pengadil mengabaikan keputusan tersebut dan memihak kepada barca..

kedua-dua pasukan membuat pertukaran dengan real madrid memasukan Fabio Coentrao,Callejon dan mengeluarkan Angel Di Maria,Khedira manakala barca memasukan Thiago,Pique,pedro dan mengeluarkan Xavi,Andriano,villa...namun gagal menambah gol buat kedua-dua pasukan..tamat perlawanan Real (2) - barca (2)..

No comments:

Post a Comment