Friday, August 26, 2011

Seven Colour Crystal Ball haram




Seven Colour Crystal Ball diharamkan oleh kerajaan malaysia hari ini setelah penjualan seeds growing kits itu menimbulkan pelbagai masalah terutama kepada kanak-kanak..Ini kerana sejak beberapa bulan lalu, banyak aduan diterima oleh pihak hospital tentang beberapa kes pembedahan besar melibatkan kanak-kanak berumur satu hingga lima tahun dipercayai akibat tertelan perhiasan yang sering digunakan itu.

Ia juga dikenali sebagai SCCB dan Saiz asal SCCB kurang daripada 0.5 sentimeter tetapi apabila dimasukkan dalam air, ia mengembang lima ke enam kali ganda daripada saiz asalnya yang berbentuk seperti jelly rubber ball. kanak-kanak yang tertelan SCCB akan mengalami simptom dan implikasi seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat serta usus bocor.

jadi ia amat berbahaya untuk kanak-kanak dan kerajaan malaysia telah menetapkan kepada mereka yang masih menjual barang ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna yang boleh didenda RM100 000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali..sebagai rakyat yang mengambil berat tentang isu semasa kita wajarlah membuat laporan kepada pihak berkuasa jika masih ada lagi penjual barangan ini..harap anda sebarkan info ini kepada rakan-rakan anda ye.

No comments:

Post a Comment