Tuesday, August 30, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-54



Assalamualaikum, Salam Hari Kemerdekaan, Salam Hari Raya Aidilfitri maaf zahir & batin serta salam satu Malaysia kepada seluruh rakyat malaysia dan pembaca blog UzairOthman.com..31 0g0s 1957 merupakan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu (Malaysia) dan pada tahun ini kita meraikannya buat kali ke-54..namun sambutan hari kemerdekaan pada tahun ini diraikan pada 16 September 2011 bagi menyambut bersama Hari Malaysia dan kerana hari kemerdekaan malaysia jatuh pada tarikh hari raya kedua aidilfitri adalah punca sambutan itu ditunda pada tarikh tersebut..

kemerdekaan merupakan pelbagai maksud daripada kebebasan dari segi penjajahan dan pembebasan pemikiran rakyat malaysia dalam erti kata lain berfikiran terbuka dalam penentuan hala tuju kemajuan negara..negara malaysia sangat makmur dan aman berbanding negara lain di dunia dan sangat istimewa di malaysia kerana rakyat malaysia bebas hidup tanpa ada masalah perkauman dan masing-masing mendapat hak yang sepatutnya..

oleh itu,kita harus menghargai dan sentiasa menyanjung kejayaan pejuang-pejuang kita menentang penjajah dalam membebaskan negara ini dari cengkaman annasir jahat di negara ini..rakyat malaysia harus sentiasa mengamalkan rukun negara dan sentiasa saling mempercayai antara satu kaum dengan kaum yang lain dan dari situlah satu ikatan persaudaraan dapat terjalin dalam sesebuah negara..

Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !! Merdeka !! ..



No comments:

Post a Comment