Friday, August 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari UzairOthman.Com





Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blog UzairOthman.com..Disini Uzair nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin kepada seluruh umat islam dan tak kira dimana anda berada..semoga di hari lebaran yang mulia ini kita dapat rahmat dari ilahi supaya menjadikan kita orang yang lebih bertakwa kepada Allah SWT. Uzair juga ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa atau pernah membuat apa saja kesalahan terhadap seseorang dan diharap anda semua memaafkan kesilapan saya..Bersyukur Kepada Allah saya diberikan kesempatan untuk menghembus nafas ketika bulan ramadhan ini dan diberikan kekuatan daripada Allah untuk menjalani ibadah puasa dengan tenang..



Terlebih dahulu Uzair ingin mengucapkan takziah dan Al-Fatihah kepada seluruh keluarga Halimah kerana keluarga kami baru sahaja kehilangan paklong mail yang kembali ke rahmahtullah pada hari rabu 24/9/2011 yang lalu..semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman..raya tahun uzair tidak dapat beraya seperti rakan-rakan yang lain kerana uzair perlu berkabung dan menghormati pemergian Arwah Paklong uzair..

inilah ujian getir dari Allah yang sering ingin menguji hambanya kerana Allah ingin melihat kita sama ada kita ini orang yang bersabar atau tidak..Alhamdulillah syukur dengan segala pemberian dari Allah dan diharap dihari raya yang mulia ini Allah menerima puasa dan amalan kita untuk dihitung diakhirat kelak InsyaAllah.

kepada semua pembaca blog uzair, berhati-hatilah dimusim perayaan ini dan jagalah diri selalu dan pandu cermat ketika pulang berhari raya..InsyaAllah uzair akan buat open house namun tarikhnya masih belum diketahui lagi dan uzair akan maklumkan kelak..sekali lagi selamat hari raya aidilfitri kepada semua rakan uzair dan berdoa supaya uzair dimurahkan rezeki dan umur yang panjang serta berjaya dalam hidup..

ok selamat semuanya ..Assalamualaikum. :)

3 comments:

  1. pergh, gitar karen tu.. slmt hari raya :D

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya aidilfitri uzair..:)

    ReplyDelete
  3. zuan : hehe..gitar tu la pelepas rindu..hihi

    afiq : tq bro

    ReplyDelete