Wednesday, August 10, 2011

Review Filem : Karipap - Karipap Cinta





10/8/2011 - Bertempat di e@curve damansara berlangsungnya Majlis Tayangan Eksklusif Karipap-Karipap Cinta & Berbuka Puasa di Cathay. saya uzairothman.com hadir ke tayangan tersebut setelah menerima jemputan dari pihak pemasaran filem tersebut dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi menjemput saya ke majlis itu..





tayangan filem "karipap-karipap cinta" bakal ditayangkan di pawagam pada 30 ogos 2011 iaitu pada hari raya pertama aidilfitri nanti..filem..majlis dimulakan dengan bacaan doa dan sedikit ucapan alu-aluan daripada pihak penaja yang menyokong filem tempatan ini..setelah itu, pengarah filem ini iaitu Othman Hafsham menyampaikan sedikit ucapan kepada penonton yang hadir..beliau berterima kasih kepada semua penonton yang hadir dan saya sendiri juga turut merasa bangga kerana seorang pengarah filem lebih gemar memanggil blogger untuk menghadiri majlis ini kerana melalui blogger filem ini juga dapat dilariskan di pasaran.






filem ini juga mempunyai satu soundtracj filem khas dari artis Ana Raffali yang menyanyikan lagu bertajuk "sehebat baik" ...lagu ini juga berjaya menghiburkan penonton yang hadir apabila melihat kehebatan Ana Raffali menyanyikan lagu ini..

selepas itu,bermulalah tayangan filem "karipap-karipap cinta" yang dibintangi oleh Gambit Saifullah sebagai Ali, Mellia Aimellia sebagai sarah, Syawal Ruslan, Eman Manan, Elyas Iskandar,Syamira Azmil, P.Jagen dan ramai lagi pelakon terkenal malaysia..bagi saya ,filem ini memberikan kesan bermakna dalam percintaan seseorang lelaki terhadap wanita dan filem ini juga menampilkan pengorbanan cinta abadi dalam mempertahankan sesuatu cinta yang abadi..selain itu, melalui pembohongan juga kita juga mampu meraih cinta sejati walaupun akhirnya akan memakan diri kita sendiri..begitulah pendapat saya yang membuat kan saya teruja meononton filem ini..



filem ini bergenre romantik komedi dan pastinya anda akan tergelak kerana filem ini mempunya beberapa babak yang kelakar yang pasti mencuit hati kepada siapa menontonnya..tahniah kepada Othman Hafsham kerana berjaya menghasilkan filem terbaik ini dan dikabarkan filem ini diilhamkan selama 20 tahun untuk menghasilkan idea terbaik ini..filem ini diadatasi dari satu novel yang ditulis oleh Nazri M. Annuar dan filem ini menampilkan pelakon yang sederhana dan tidak menggunakan pelakon yang bertaraf bintang..ini merupakan peluang terbaik pelakon lain untuk mengembangkan bakat mereka di dalam filem ini..




filem terbitan CINEMATIC PICTURES SDN.BHD ini mengambil masa 28 hari untuk masa rakaman dan Othman Hafsham juga telah berjanji kepada semua media bahawa beliau akan bersara jika filem ini tidak laku namun beliau akan membuat 2 lagi filem jika kutipan tayangan mencapai target yang dikhendakinya..


tengok sedikit sudutan filemnya




SINOPSIS KARIPAP KARIPAP CINTA




Ali adalah seorang pemuda yang bersopan dan baik perangainya tetapi kurang memiliki cita-cita dan motivasi. Dia bekerja di sebuah syarikat yang menerbitkan akhbar politik dan majalah misteri. Tugasnya adalah mengambil gambar tempat-tempat yang kelihatan seram dan kemudian mengubahsuainya kepada gambar yang kelihatan berhantu. Dia jatuh hati pada Sarah, seorang kartunis. Dalam satu kejadian meragut, Ali cuba untuk menjadi hero tetapi akhirnya Sarah yang sempat menyelamatkannya dengan kemahiran silat.

Dia mendapat tahu yang Sarah pernah belajar di Universiti Al-Azhar dan mempunyai kelayakan sebagai Ustazah. Dalam usaha untuk memikat Sarah dan keluarganya, Ali berbohong bahawa dia juga adalah kelulusan Universiti Al-Azhar.

Sementara itu bos Ali, Dato’ Razali Bunari terlibat dalam satu pertelingkahan sengit dengan saingan politiknya Dato’ Zidan. Dato’ Razali telah dapat dokumen-dokumen sulit kepunyaan Dato’ Zidan dan ingin menerbitkannya dalam akhbar politik kepunyaan beliau. Ali dapat tahu tentang rancangan Bosnya yang akan pasti merumitkan hubungan manisnya dengan Sarah jika dokumen-dokumen itu diterbitkan. Maka Ali dan empat sekawan telah pecah masuk ke rumah Dato’ Razali dan mencuri dokumen-dokumen tersebut.

Keinginan Ali sebenarnya adalah untuk memperolehi satu “resepi” kebahagiaan bersama Sarah. Adakah dia akan dapat resepi kesukaan Sarah supaya dapat memikat hatinya? Atau adakah dia dapat memikat Sarah dengan bersifat jujur pada diri sendiri dan Sarah? Tontonilah kesudahannya di panggung terdekat anda!

No comments:

Post a Comment