Wednesday, August 3, 2011

Media Buka Puasa Bersama TuneTalk



3/8/2011 - Bertempat di Restoran Rebung Chef Ismail, Lorong Maarof Bangsar Baru berlangsungnya satu majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh TuneTalk bagi menghargai media yang telah banyak membantu mempromosikan pelbagai acara Tunetalk dan seterusnya dapat membuatkan TuneTalk bertahan sehingga kini..Majlis yang serba ringkas dan sederhana itu dihadiri oleh pelbagai rakan media massa dan elektronik..tidak ketinggalan TuneTalk juga menjemput blogger dalam majlis berbuka puasa ini..



Restoran Rebung hasil perkongsian pernaigaan Chef Ismail dan angakasawan negara iaitu Datuk sheikh muszaphar shukor menjadi venue oleh TuneTalk untuk menyambut ramadhan kali ini bersama media. Sambutan ini amatlah baik bagi mengeratkan hubungan sesuatu syarikat dan media kerana melalui media sesuatu syarikat itu dapat naik dan dapat membantu meningkatkan keuntungan sesuatu syarikat..TuneTalk haruslah dipuji kerana menghargai media dan diharap banyak lagi syarikat dapat menghargai media kerana ia juga akan menguntungkan syarikat tersebut..



di majlis berbuka puasa ini saya memilih makanan nasi campur..lauk yang saya pilih ialah daging masak merah,rendang ayam, sayur kerabu dan ikan pari masak asam pedas..wah..memang sedap la..maklum la kan chef Ismail yang masak..jadi memang terasa la masakannya..majlis ini turut dihiburkan dengan kumpulan muzik tradisional yang menghiasi majlis tersebut..

sekali lagi terima kasih kepada TuneTalk kerana menjemput www.uzairothman.com ke majlis berbuka pausa dan diharap pihak TuneTalk dapat menjemput lagi di event yang akan datang..Selamat menyambut Ramadhan kepada TuneTalk dari uzair othman.. :)

No comments:

Post a Comment