Sunday, August 7, 2011

Manchester United Juara Piala Perisai 2011




Perlawanan yang pasti ditunggu-tunggu oleh peminat EPL iaitu perlawanan piala perisai yang menemukan juara piala fa dan juara piala liga iaitu manchester united dan manchester city..dua musuh setempat ini bagaikan enggan mengaku kalah lebih apabila kedua-dua pengurus pasukan sering kali menggunakan serangan psikologi untuk memberikan semangat kepada pasukan bimbingan masing-masing..

Manchester United menumpaskan juara piala faengland iaitu Man city malam tadi di stadium Wembley dengan jaringan 3-2 ..MC terlebih dahulu membuka gol perlawanan yang dijaringkan oleh Joleon Lescott hasil sepakan percuma dari kanan gawang man utd yang diambil oleh silva...Joleon Lescott berjaya menumpaskan penjaga gawang Man Utd iaitu De Gea untuk meletakkan city dihadapan pada minit ke 38..

ketika perlawanan separuh masa pertama hampir tamat, Dzeko menambahkan derita Man Utd dengan meledak gol kedua Man City pada minit 45+1 dan berjaya menjarakkan kedudukan kepada 2-0..gol kedua diperolehi apabila Dzeko merembat kira-kira 20 ela dari gawang gol untuk menumpaskan De Gea yang gagal menghalang bola itu dari dimasuki gawang man utd..

pada separuh masa kedua..permain pertahanan MU iaitu Smalling berjaya merapatkan kedudukan buat MU dengan meledakkan jaringan pada minit ke-52 dan meletakkan kedudukan 2-1...kelapaan pertahanan city menjadi punca gol-gol mudah ini diperolehi..nasib MC bertambah malang apabila MU menambah gol kedua melalui Nani pada minit ke-58 bagi meletakkan kedudukan 2-2..

pada minit akhir perlawanan, kesilapan Kompany telah menyebabkan Nani berjaya menjaringkan gol kemenangan United malam tadi apabila berjaya menumpaskan penjaga gawang Mc dan meletakkan nama Manchester United menjulan piala perisai 2011 dengan bergaya..Man Utd berjaya bangkit dari ketinggalan dan ini merupakan perlawanan permulaan terbaik buat pasukan Man Utd untuk terus mempertahankan piala liga 2011/2012..

No comments:

Post a Comment