Saturday, August 6, 2011

Malaysia Tumpas Keatas Selangor Malam tadi



Pasukan gergasi merah atau selangor membuktikan mereka sudah bersedia untuk menjulang piala malaysia buat kali ke-33 setelah menumpaskan skuad bimbingan rajagobal 1-0 di stadium shah alam malam tadi..gol kemenangan pasukan selangor dijaringkan oleh Rudie Ramli pada separuh masa melalui satu rembatan cantik dan menewaskan sharbinee alawi..

pasukan selangor bermula garang pada separuh masa pertama dengan berjaya melakukan beberapa serangan yang membuatkan pemain malaysia berasa cemas..2 percubaan selangor terkena tiang melalui fitri shazwan dan hardi jaafar..punca kemenangan selangor pada malam ini adalah serangan disebelah sayap menjadi kelebihan buat pasukan selangor apabila fitri shazwan sering kali berjaya memperdayakan pertahanan malaysia yang gagal menghalang kelincahan pemain ini..




skuad rajagobal pada malam tadi gagal menampilkan aksi terbaik mereka dan serangan mereka yang diketuai oleh safee sali dan hadi yahya gagal menembusi kekebalan pertahanan selangor iaitu nasriq baharom dan yosri derma raju..bagi pasukan selangor ini merupakan satu perlawanan yang harus dijadikan penaik semangat mereka untuk menjulang piala malaysia pada tahun ini kerana selangor tidak mengalami sebarang tekanan ketika berlawan dengan pasukan kebangsaan malah pasukan malaysia yang lebih banyak cemas dengan serangan pasukan selangor yang diketuai oleh amri yahyah dan fadzli shaari..





tahniah kepada pasukan selangor kerana berjaya membuktikan kehebatan mereka di dalam kancah bola sepak ini dan pasukan malaysia diharap dapat dirombak semula kerana masih banyak kelemahan yang gagal diatasi oleh pemain malaysia seperti gagal memberi hantaran yang tepat adalah punca kekalahan pasukan malaysia.. viva selangor !!!!

No comments:

Post a Comment