Monday, August 8, 2011

Kerajaan Bagi Bonus Sebelum Aidilfitri !!!



Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan."Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

.....................................................................................

* Petikan berita dari Utusan Online


wah masyurk la sapa keje kerajaan..dapat bonus raya ni..haha..siap la sapa keje kerajaan..aq nak pow dia..hahahaa...kepada anda yang mendapat bonus ni..berbelanjalah dengan jimat cermat ...jangan lupa undi barisan nasional untuk PRU-13 ye..hehee


mcm ni la baru PM berjiwa rakyat...rakyat di dahulukan pencapaian diutamakan..pasni bagi la cuti umum byk2 ea..huhu

No comments:

Post a Comment