Saturday, August 20, 2011

Friendly Match 2011 : Selangor (3) Vs Johor FC (1)




20/8/2011 - Bertempat di stadium shah alam, selangor kembali menunjukkan taringnya selaku pasukan pilihan piala malaysia 2011 kali ini dengan membenam Johor FC 3-1 malam tadi..Selangor yang bangkit dari kekalahan dengan kelantan tempoh hari tampil dengan aksi yang lebih tersusun dan ianya terbukti apabila selangor mendahului johor fc pada minit ke-11 perlawanan setelah kelalaian pertahanan Johor FC mengeluarkan bola dari kotak penalti dan ianya mudah disudahkan oleh Asraruddin putra omar untuk meletakkan selangor dihadapan 1-0..



separuh masa pertama perlawanan dilihat seimbang dan kedua-dua pasukan masing-masing melakukan serangan bagi mendapatkan gol untuk memenangi perlawanan ini..Johor FC berjaya merapatkan jurang gol melalui rizal zamberi pada minit ke-58 melalui sepakan penalti yang diambil beliau setelah penyerang johor fc dijatuhkan di dalam kotak penalti..Rezal mudah melepasi cabaran penjaga gol selangor iaitu Jevanathan yang dipinjam dari USM fc..



Selangor yang tersentak dengan jaringan Johor fc kembali mengatur permainan dan akhirnya berjaya mendahului sekali lagi melalui amirulhadi zainal yang berjaya merembat bola ke gawang johor fc pada minit ke-61 serta berjaya menewaskan penjaga gawang johor fc yang gagal menyelamatkan bola setelah bola itu melantun ke tiang gol johor fc dan menerjah jaring..



johor fc yang cuba bangkit dilihat terdesak untuk mencari gol penyamaan semakin tertekan apabila safiq rahim meledak gol kemenangan pasukan selangor pada minit ke-71 setelah penjaga gawang johor fc terlepas bola dari dibawah dua kakinya dan mudah safiq menolak masuk gol ketiga pasukan selangor..tamat perlawanan selangor menang 3-1 dan berjaya memenangi 3 perlawanan daripada 5 perlawanan persahabatan pra piala malaysia pada bulan puasa ini.



video selangor vs johor fc

No comments:

Post a Comment