Wednesday, August 17, 2011

Friendly match 2011 : Selangor (0) Vs Kelantan (1)



17/8/2011 - Kelantan menumpaskan pasukan selangor di stadium shah alam malam tadi dengan jaringan 1-0 yang dihasilkan oleh Azimuddin pada separuh masa pertama..pemain yang dipinjamkan dari pahang itu berjaya mendapatkan gol kemenangan kelantan setalah badri radzi berjaya melepaskan satu hantaran dan azimuddin berjaya memintas penjaga gol selangor iqbal suhaimi dan meledak gol kemenangan kelantan..







perlawanan yang disaksikan lebih 20 ribu penyokong ternyata amat tegang sekali dan pasukan kelantan seringkali melakukan kekasaran terhadap pasukan selangor..taktik kotor kelantan mula terserlah pada babak kedua permainan apabila seringkali berlakon mengalami kecederaan bagi memlengahkan masa permainan..kelantan juga ibarat pasukan pengecut sambil dibantu oleh pemain ke-12 diatas padang iaitu pengadil perlawanan yang sering kali memihak kelantan.

banyak keputusan pengadil dipertikaikan pada malam semalam,ini menimbulkan satu isu yang tidak sihat pada mutu pengadilan di malaysia..ternyata mutu pengadilan perlawanan semalam sangat buruk dan teruk dan ia seperti mengadaikan maruah bola sepak negara..keputusan yang tidak masuk akal dan lambat membuat keputusan menjadi punca kekalahan pasukan selangor kepada kelantan..selangor yang menguasai perlawanan pada babak kedua ternyata tertekan dengan kerenah pemain kelantan yang melengahkan permainan dan mutu pengadilan yang teruk..








ini sangat memalukan kepada bola sepak negara..walaupun ia hanya perlawanan pershabatan namun mutu pengadilan yang teruk telah mencemarkan perlawanan malam tadi dan ini sekali lagi telah mengadaikan maruah pasukan selangor selaku juara terbanyak piala malaysia..kelantan terlalu bernasib baik kerana banyak peluang pasukan selangor telah gagal menemui jaringan dan permainan pasukan selangor dilihat lebih baik dan kemas berbanding kelantan.

No comments:

Post a Comment