Tuesday, August 16, 2011

Event: Microsoft Touch Mouse



16/8/2011 - Bertempat di F concept dining by Buffalo Kitchens, Bangsar berlangsungnya satu acara yang dianjurkan oleh Microsoft iaitu " Microsoft Touch Mouse". Microsoft telah melancarkan satu produk terbarunya iaitu Microsoft Multitouch Mouse yang khas digunakan bagi pengguna Windows 7. Mouse terbaru ini direka khas bagi pengguna windows 7 dan ia memudahkan pengguna PC dalam melakukan clik,flick,scroll dan swipe ketika membuat kerja di Pc anda. Ia mempunyai berbagai jenis warna seperti Black,Red dan Storm Grey.



saya mengatakan mouse ini mudah digunakan dan sangat seronok kerana ia hanya mempunyai 3 langkah yang mudah dalam penggunaannya.

1 Jari : Membolehkan anda menguruskan folder atau pages dengan scroll yang pantas dan dengan mengunakan 1 jari juga anda boleh forward atau back sesuatu web browser.

2 Jari : Membolehkan anda menguruskan windows dan anda boleh maximize atau minimize serta snap dan restore fail.

3 Jari : Membolehkan anda menggunakan Desktop anda dan menunjukkan fail yang anda telah buka serta clear desktop anda.

jika anda mahu lagi memahami cara penggunaanya (Klik sini)



Kelebihan :

+ Ia mempunya satu teknologi baru iaitu Blue track dan ia menggunakan nano teknologi dan ia dibawa bersama Usb Port. Ia boleh digunakan di pelbagai permukaan.

+ Touch Strip untuk scrolling menegak atau mendatar.

+ Bateri mampu bertahan sehingga 18 bulan

+ menggunakan 2.4 GHz teknologi wireless

+ sesuai digunakan untuk tangan kanan dan kiri

+ ia juga boleh digunakan kepada pengguna MAC


Microsoft Explorer Touch Mouse


Ia tampil dalam 2 jenis Touch mouse, yang pertama adalah Microsoft Explorer Touch Mouse dan ia adalah keluaran terbaru dari Mircosoft. Ia sesuai digunakan kerana mempunyai Scroll strip yang memudahkan kita untuk scroll page. Harga Explorer Touch Mouse adalah RM 159 dan ia bakal menemui penggemar IT pada bulan september ini di Malaysia.


Microsoft Arc Touch Mouse


selain itu, Mirosoft Arc Touch Mouse merupakan edisi pertama mouse keluaran Microsoft Touch Mouse dan ia sangat cantik dan mudah digunakan kerana ia boleh di bengkok dan di luruskan ..apabila kita ingin guna mouse ini kita perlulah melengkokkan mouse ini dan jika kita sudah mahu berhenti menggunakannya kita cuma perlu meluruskan mouse ini dan ia akan off. Harga Mouse ini sekitar RM 219 dan ia senang dan seronok digunakan.












video uzair mencuba Microsoft Touch Mouse


itulah serba sedikit tentang event yang saya pergi tempoh hari dan saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Microsoft kerana menjemput saya dan tahniah diatas pelancaran Microsoft Touch Mouse terbaru tempoh hari.



terima kasih juga kerana memberi info yang sepenuhnya kepada blogger yang hadir dan terima kasih diatas Berbuka puasa di Buffalo Kitchen.

1 comment: