Thursday, August 25, 2011

Berkabung & Menghormati


Al-Fatihah buat seluruh keluarga Halima terutama kepada Keluarga Arwah Ismail Hussin yang kembali ke ilahi semalam..diharap segala ujian Allah ini kita lalui dengan hati terbuka dan tenang..marilah kita sama-sama mensedekahkan AL-Fatihah kepada Arwah semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang beriman..

perkara paling sedih bagi uzair kini adalah kesihatan Nenek uzair iaitu ibu kepada Arwah yang sangat sedih apabila beliau kehilangan suaminya pada tahun 1990 dan setelah 11 tahun beliau kehilangan anak ke-2 nya iaitu arwah ayah uzair dan kini beliau baru sahaja kehilangan anak sulungnya iaitu pakcik uzair..

so,pada hari raya tahun ini dimaklukkan tiada hari raya bagi seluruh keluarga kami dan inilah hari raya paling sedih yang keluarga kami lalui kerana dugaan Allah ini hadir disaat aidilfitri kian hampir..Takziah kepada keluarga Arwah dan ingatlah wahai kawan-kawan kematian itu semakin hampir dengan kita..jadi kembalilah kejalan Allah supaya kita mendapat petunjuk di Akhirat kelak..InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment