Wednesday, August 17, 2011

Barcelona Juara Piala Super Sepanyol 2011



Perlawanan kedua saingan piala super sepanyol yang berlangsung di Nou Camp menjadi tumpuan setelah perlawanan pertama di madrid tempoh hari berkesudahan seri 2-2. Barcelona yang baru sahaja membeli febregas dari Arsenal tampil dengan aksi garang dan meraka hampir dihadapan dengan begitu banyak peluang terhidang.

gol pertama perlawanan dimilik oleh barcelona melalui andres iniesta pada minit-14 yang mudah menewaskan casillas yang gagal menyelamatkan gawangnya. kegembiraan barca hanyalah seketika kerana Real tidak mudah berputus asa dan berjaya bangkit melalui cristiano ronaldo pada minit ke-19 setelah menerima hantaran dari Di Maria dari kiri gawang barca. keadaan kembali berubah apabila Lionel messi menjaringkan gol pada minit ke-44 dan meletakkan barca mendahului 2-1 pada separuh masa pertama.

separuh masa kedua dikuasai oleh real dan akhirnya karim benzema berjaya mendapatkan jaringan pada minit - 81 namun segalanya musnah apabila messi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-88..ini merupakan satu perlawanan sengit namun dipenghujun perlawanan berlaku kekakasaran terhadap febregas yang berpunca dari marcelo yang menyebabkan 3 kad merah dilayankan kepada ozil,marcelo dan villa dan akhirnya dimenangi oleh Barcelona dengan argregate 5-4. TAHNIAH BARCA !

No comments:

Post a Comment