Friday, August 19, 2011

Album Terbaru Yazer "Raja Dan Hamba"



Raja Dan Hamba by Yazer


Yazer yang mula dikenali di rancangan realiti TV akademi fantasia kini muncul dengan album berjudul " Raja Dan Hamba" yang mula menemui peminat pada bulan julai lalu..album terbaru yazer dimuatkan dengan 8 buah lagu dijual berharga RM 21.90 di pasaran. Yazer yang famous pada AF 3 dahulu kini mula dikenali dengan single terbarunya yang berjudul " Kau Masih" yang bergenre rock balada.bagi saya..lagu " kau masih" ni memang sedap dinyanyikan oleh yazer dan ia terbukit apabila saya sendiri menyaksikan persembahan beliau di majlis berbuka puasa universal music malaysia tempoh hari.



jum support muzik rock malaysia !!


Di dalam album ini,komposer loloq juga turut menyumbangkan lirik dan muzik pada lagu berjudul " spektakular"..lagu ini merupakan satu pesanan khas buat Yazer sebelum pemergian Loloq ke ilahi..Yazer juga turut membuat lagu sendiri yang berjudul " Tetap Padamu" dan beliau menyifatkan lagu ini merupakan satu pembelajaran buat beliau dalam menjadi artis.


Aksi Yazer sewaktu persembahan beliau di Majlis Berbuka puasa Universal Music


Raja Dan Hamba song list:-

+ Raja Dan Hamba
+ Tetap Padamu
+ Kau Masih
+ Spektakular
+ Usah Sangsi Lagi
+ Jerat
+ Lain Dari Yang Lain
+ Cinta Zaman Berzaman (new arrangement)



Ikuti kisah penghasilan Raja Dan Hamba


Yazer yang berasal dari sabah ini baru sahaja mengadakan Yazer Rock Steady Tour bakal menemui anda di radio-radio tempatan dengan nada muzik yang terbaru..Ini merupakan satu penghormatan bagi peminat-peminat muzik rock kerana ada satu lagi anak seni yang muncul bergenre rock dan lagu-lagu Yazer ini pasti akan popular di Karaoke dan bakal menjadi siulan dan nyanyian anak-anak muda yang meminati muzik rock..tahniah kepada Yazer diatas penghasilan album dan selamat maju jaya di dalam arena ROck !!!


Tidak lupa juga jika anda peminat Yazer atau baru ingin meminati beliau anda boleh mengikuti blog beliau di http://yazerrocksteady.blogspot.com/..dan Uzairothman.com ingin mengucapkan terima kasih diatas pemberian CD "Raja Dan Hamba" dari Yazer !! we support u !!

No comments:

Post a Comment