Friday, July 1, 2011

Ultras Malaya kembalikan sokongan peminat !




Ultras Malaya adalah gabungan beberapa Ultras (kumpulan penyokong) dari negeri-negeri yang menyertai liga malaysia..ia mula diperkenalkan beberapa tahun dahulu dan kini ahlinya telah mencecah lebih dari 2000 orang..Angka 2000 lebih orang itu berjaya dikumpulkan ketika perlawanan kelayakkan piala dunia Brazil 2014 yang berlangsung di stadium nasional bukit jalil diantara pasukan Malaysia dan Taiwan..

sorakkan dan teriakan dari ultras malaya membuatkan ramai pihak melihat keghairahan sokongan yang disampaikan dari ultras malaya ini dan ini membuktikan sokongan anak muda yang sayangkan negara malaysia ini..seharusnya semua orang perlu memberi sokongan untuk menyokong ultras malaya ini supaya kumpulan ini dapat berkembang dan berjaya mengumpulkan lebih ramai orang untuk menyokong pasukan bola sepak malaysia..




perlawanan diantara taiwan dan malaysia tempoh hari membuktikan lebih Ultras Malaya ini mampu mengembalikan sokongan peminat untuk ke stadium dan menyaksikan perlawanan pasukan malaysia..pada perlawanan kelayakan piala dunia tempoh hari ,ultras malaya telah berkumpul di perkarangan stadium bukit jalil seawal jam 2 petang dan bersiap sedai untuk membawa sepanduk bagi menyokong pasukan malaysia..



tepat jam 6 petang..ultras malaya bararak masuk ke stadium sambil menyanyikan lagu ultras ini..hampir 20 kain rentang di kibarkan di dalam stadium bagi meniup semangat para pemain untuk berjuang bersungguh-sungguh..sepanjang 90 minit perlawanan,ultras malaya memberikan sokongan penuh kepada pemain malaysia dan ini perlu dicontohi rakyat malaysia terutama kepada para belia untuk menyokong dan menyayangi pasukan kebangsaan kita..

anda lihatlah gelagat Ultras malaya disini dan sikap seperti inilah perlu dicontohi oleh anak-anak muda sekarang.. tahniah kepada yang hadir ke stadium tempoh hari dan kepada anda yang ingin sertai ultras malaya..jangan segan silu untuk duduk bersama dengan ultras malaysia dimana sahaja terutama ketika perlawanan bola sepak yang melibatkan pasukan malaysia..

sikap mereka yang tidak ada kenegerian dan tidak memandang kaum membuatkan mereka disenangi oleh orang ramai dan membuatkan mereka berjaya mengumpul lebih ramai ahli ketika perlawanan pasukan bola sepak malaysia tempoh hari..

No comments:

Post a Comment