Monday, July 25, 2011

Review : Filem Flat 3A



25/7/2011 - Uzairothman.com offday pada hari isnin semalam saya pun pergi la ke Alamanda untuk tengok wayang..banyak cerita baru yang ditayangkan dan saya memilih cerita seram untuk tonton..saya memilih cerita "Flat 3A" yang dibintangi oleh Intan Ladyana, Shasha, Ery Zukhairi dan Adey Syafrien..Filem yang diarahkan oleh Azhari Zain yang ditayangkan pada 14 julai yang lalu masih lagi mendapat sambutan sehingga semalam apabila wayang di Alamanda masih penuh walaupun banyak filem luar negara mula ditayangkan.


Sinopsis :

cerita ini bermula dengan Fiqah(intan) yang mengugurkan kandungannya hasil hubungan tidak sah bersama kekasihnya dan rakan sekerja fiqah membantu kehidupan kedua-dua pasangan ini dengan Fiqah berpindah ke rumah baru yang bernama Flat 3A..rumah yang mereka sewakan itu milik bekas seorang dukun yang mempunyai ilmu hitam dan setiap malam fiqah diganggu dengan pelbagi perkara seram di dalam rumah tersebut. kesudahan cerita ini anda perlulah menontonnya di wayang ye..hehe..




filem ini boleh diberi 6 dari pada 10 bintang kerana filem ini banyak menonjol effect rakaman yang menarik yang mampu membuatkan anda seram di dalam panggung wayang..selain itu filem ini juga mengalami sedikit kekurangan melalui watah hantu yang dibawakan kerana masih ada beberapa perkara yang kurang dan telah membuatkan saya kurang seram sewaktu babak hantu..saya berharap kepada pengarah filem malaysia selepas ini supaya tidak membuat babak cerita mengenai hantu membunuh orang dan sememangnya perkara itu tidak logik dan banyak lagi cara balas dendam yang boleh direka untuk menghangatkan sesuatu filem.

No comments:

Post a Comment