Friday, July 29, 2011

Review : Filem Captain America




29/7/2011 - bertempat di GSC Max Times Square Kuala Lumpur saya bersama saudara saya pergi ke wayang untuk menonton filem terbaru keluaran Marvel iaitu "Captain America"..Filem ini dibintangi oleh Chris Evans, Tommy Lee Jones, Hugo Weaving, Hayley, Atwell, Sebastian Stan, Dominic Cooper, Neal McDonough, Derek Luke dan Stanley Tucci..

filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki dari Brooklyn yang bernama Steve Rogers (Chris Evans)..beliau ingin menjadi askar amerik sewaktu perang dunia ke-2 namun cita-citanya itu dihalang kerana beliau mempunyai penyakit asthma..rakan baik beliau iaitu Sgt. James "Bucky" Barnes (Sebastian Stan) yang telah memberi sokongan kepada beliau untuk menjadi askar lalu rogers mencuba ke suatu pemilihan askar dan belia berjumpa dengan Dr. Abraham Erskine (Stanley Tucci) yang telah memilih beliau untuk menjadi satu bahan uji amerika..dengan hasil uji kaji tersebut beliau telah berubah menjadi Captain America dan beliau menjadi terkenal di seluruh negaranya..

Rogers yang menjadi penyelamat amerika ditugaskan untuk menghancurkan HYDRA iaitu satu kumpulan ahli sains dari kumpulan Nazi yang ingin menguasai dunia..mampukah beliau menghapuskan HYDRA? apakah kesudahan carita ini? perlulah ke wayang ea untuk tahu..hehe

cerita ini dihasilkan melalui ilham daripada komik Captain America yang terkenal sejak 20 tahun yang lalu..filem ini juga mempunyai pelbagai aksi menarik dan babak yang mencemaskan ..perjalanan cerita ini juga mudah difahami dan yang paling menarik adalah cerita bakal ada sambungan yang bakal dikeluarkan pada mei 2012..filem akan datang yang digelarkan The Avengers hasil gabungan Thor, Ironman dan Captain America yang pasti akan mengegar panggung wayang seluruh dunia pada tahun hadapan..kepada peminat komik ini anda perluah menonton filem ini kerana filem ini terbaik dan sangat memuaskan pada aksi 3D di GSC Max time square..








No comments:

Post a Comment