Saturday, July 30, 2011

Pikom PC Fair KLCC mengecewakan !!



Pikom PC fair yang kini berlangsung di KLCC sehingga ahad ini amat mengecewakan kerana tidak menampilkan banyak syarikat-syarikat terkemuka dalam penjualan laptop..Pc fair kali ini tidaklah meriah seperti dahulu kerana kesemua barang yang dijual rata-rata dijual pada kadar harga yang sama seperti di kedai yang lain..kehadiran pengunjung ke Pc fair kali ini tidaklah ramai dan keadaan tidak sesak malah kelihatan seperti biasa sahaja seolah-olah tiada yang menarik yang ditampilkan di PC fair kali ini..






saya sempat meluangkan masa bersama saudara saya ke PC fair ini yang kami mengharapkan dapat menemui barangan gadget terbaru dan produk IT terkini namum semuanya hampa kerana barangan yang dicari tidaklah terlalu banyak pilihan dan barangan yang ada sama sahaja seperti di kedai2 diluar sana..namun disebalik kekurangan benda-benda menarik di PC fair kali ini..ada juga gerai2 yang menjual barangan IT dengan kadar yang murah seperti HP,Broadband, Samsung dan kepada peminat games juga ada rauangan games disediakan kerana Razor telah mengeluarkan satu laptop terbaru yang canggih dan anda harus ke PC fair untuk mengetahui lebih lanjut tentang laptop tersebut kerana dengan laptop tersebut anda dapat menikmati bermain permainan video dengan lebih seronok dan gempak..

Di hujung perjalanan di PC fair terdapat banyak syarika telco yang menjual dan mempromosi broadband dan itu serba sedikit membuatkan keadaan disitu kelihatan sibuk dengan promoter yang cuba mencari pelanggan bagi melariskan jualan mereka..ada telco yang terbaik dan juga telco yang sekadar ingin mendapat untung sahaja..kepada anda yang mempunyai masa yang lapang..anda boleh la menilai sendiri PC fair sedang berlangsung sekarang di KLCC..

No comments:

Post a Comment