Wednesday, July 13, 2011

Malaysia tumpas dengan kehandalan Arsenal


Pasukan kebangsaan Malaysia tumpas keatas pasukan ternama england iaitu Arsenal dengan jaringan 4-0 pada perlawanan persahabatan di stadium nasional bukit jalil malam tadi..Arsenal yang mempunyai pasukan yang kebal dari pelbagai aspek merupakan pendedahan terbaik untuk pasukan malaysia mencuba dan mempelajari skill dan cara permainan pasukan eropah ini..pengalaman ini amat berguna untuk pemain malaysia bagi menimba ilmu bola sepak..

perlawanan yang amat dinantikan oleh seluruh penyokong Arsenal dimulakan dengan aksi-aksi menarik kedua-dua pasukan..namun kealpaan Aidil apabila mengasari pemain Arsenal di dalam kotak penalti..Aaron Ramsey mudah mengambil sepakan penalti untuk menumpaskan Nasril Nordin yang gagal menyelamatkan gawang malaysia daripada dibolosi pada minit ke 5 perlawanan..perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan melancarkan serangan demi serangan namun kubu malaysia tumpas lagi apabila Theo Walcott menjaringkan gol kedua Arsenal pada minit ke 38..

tamat separuh masa pertama dengan pasukan Arsenal mendahului 2-0 dihadapan Malaysia..bermula separuh masa kedua malaysia yang telah menukar beberapa pemain cuba memberi saingan menerusi pemain utama negara iaitu norshahrul namun masih gagal menemui gol untuk pasukan tuan rumah..disebalik malaysia cuba memberi saingan,pasukan arsenal menambah satu gol lagi menerusi carlos vela pada minit 58 untuk mendahului malaysia 3-0..perlawanan pada malam tadi ternyata dikuasai oleh Arsenal..disaat masa sudah tamat Rosicky menjaringkan gol ke-4 arsenal bagi arsenal berpesta gol di bukit jalil untuk membenam malaysia.

tahniah kepada penyokong yang hadir yang memakai jersi harimau malaya kerana masih setia mencintai negara anda..dan kepada penyokong malaysia yang menyokong Arsenal diharap dapatlah berubah hati kepada menyokong malaysia.

Line-up Msia: nasril, mahali, aidil, fadhli, asra, amirul, amar, safiq, kuna, fakri, matyo.

Line-up Arsenal: szczesny, jenkinson, vermaelen (c), koscielny, gibbs, walcott, song, wilshere, ryo miyaichi, ramsey, chamakh

Pengadil perlawanan : Yusof Mat Karim



3 comments:

  1. tak pa tak pa

    yg penting olimpik dgn piala dunia nnti

    ReplyDelete