Monday, July 4, 2011

Malaysia tewas tetapi layak


Pasukan kebangsaan Malaysia berjaya melangkah ke pusingan kedua kelayakan piala dunia Brazil 2014 malam tadi apabila layak secara argregate selepas seri 4-4 dengan taiwan..perlawanan pertama menentang di bukit jalil dimenangi malaysia dengan jaringan 2-1 apabila safiq rahim dan aidil zafuan meletakkan nama sebagai penjaring..begitu juga keadaan di taiwan apabila kedua pemain ini berjaya menjaringkan gol untuk malaysia..

perlawanan malam tadi berkesudahan malaysia tewas 2-3 dengan taiwan..malaysia membuka jaringan seawal minit ke-7 melalui sepakan percuma yang cantik dan diambil oleh aidil zafuan kira-kira 30 meter dari gol taiwan..namun beberapa minit kemudian taiwan merapatkan jurang dengan mengikat 1-1 selepas mendapat gol dari satu sepakan sudut selepas keadaan kelam kabut dalam kotak penalti malaysia..namun malaysia bangkit dengan jaringan sepakan percuma dari safiq rahim yang berjaya menewaskan keeper taiwan.Taiwan yang mendapat sokongan padu penyokong tempatan, meraih gol penyamaan pada minit ke-44 melalui Che Po Liang yang menyempurnakan sepakan penalti setelah Mahali Jasuli menjatuhkan pemain tuan rumah.


pada separuh masa kedua, Tuan rumah yang terdesak mencari dua lagi gol, sekali lagi dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil Vietnam, Goh Minh Tri apabila pertahanan Malaysia, Fadhli Shas menjatuhkan pemain lawan, namun rembatan yang diambil Po Liang kali ini berjaya diselamatkan Sharbinee pada minit ke-61.

Ingauan buruk berterusan menimpa skuad kebangsaan, setelah pengadil yang dilihat berat sebelah kepada Taiwan buat kali ketiga menghadiahkan penalti yang mudah disempurnakan oleh Xavier Tsan pada minit ke-74 untuk mengatasi dengan keputusan 3-2.

No comments:

Post a Comment