Thursday, July 28, 2011

Malaysia terkeluar dari saingan Kelayakan Piala Dunia




Malaysia tersingkir dari kelayakan piala dunia Brazil malam tadi setelah sekadar seri 1-1 dengan pasukan singapura.Perlawanan yang berlangsung di stadium nasional bukit jalil,kuala lumpur disaksikan lebih 90 000 orang penonton yang mencatat rekod penjualan tiket terpantas setelah dua hari jualan tiket dibuka, kesemua tiket habis dijual..

pasukan bimbingan k.rajagobal telah menukar beberapa pemain kesebelasan utama dengan memasukkan khairul fahmi,amirulhadi zainal,ismail faruqi,aidil dan abdul hadi...pada separuh amsa pertama perlawanan dilihat seimbang dengan kedua-dua pasukan sering melakukan serangan namun pasukan tuan rumah terlepas peluang keemasan untuk mendapat gol awal apabila kunalan gagal menyempurnakan hantaran safee sali dari sebelah kanan gol singapura..bola tersebut berjaya ditepis oleh penjaga gol singapura dan terselamat gawang singapura buat seketika..

singapura juga mempunyai mempunyai peluang melalui penyerang importnya iaitu Jia yi shi namun ketangkasan khairul fahmi berjaya menyelamatkan gawang malaysia daripada dibolosi..malang buat malaysia apabila aidil terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan dan ditukarkan dengan muslim ahmad..

pada separuh masa kedua malaysia yang terdesak untuk mencari dua gol akhirnya berjaya membolosi gawang singapura melalui safee sali pada minit ke-58 yang merembat kencang ke gawang singapura yang gagal diselamatkan oleh pertahanan dan penjaga gawang singapura..dikala semangat skuad malaysia untuk menambahkan gol,singapura pula berjaya mencuri tumpuan dengan berjaya mendapat gol balas melalui Jia Yi shi pada minit ke-73 hasil daripada kelalaian pertahanan malaysia yang gagal menyaingi kehebatan fizikal pemain singapura..

malaysia membuat pertukaran dengan menukarkan abdul hadi dan memasukan fakri sharani serta mengeluarkan ismail faruqi dan memasukan k.gurusami..nasib malaysia terus malang apabila fakri sharani dilayankan kad merah setelah menerima dua kad kuning pad lewat perlawanan.

tamat perlawanan keputusan argregate 6-4 telah membawa singapura ke pusingan ke-3 kelayakan piala dunia..malaysia harus membaiki kelemahan pertahanan dan menguatkan jentera serangan dimasa akan datang untuk lebih mencabar pasukan yang memilik kekuatan dari segi fizikal dan hantaran yang tepat..tahniah singapura dan syabas pasukan malaysia kerana telah mengharumkan nama negara.

No comments:

Post a Comment