Friday, July 22, 2011

Malaysia sedia gegarkan kota singa !


Pasukan kebangsaan Malaysia sudah siap sedia untuk mengegarkan stadium jalan besar hari ini untuk menunjukkan jalan keluar kepada singapura pada perlawanan kelayakan piala dunia pusingan kedua perlawanan pertama..Malaysia yang diperkuat dengan safee sali dan safiq rahim (kapten) yang menjaringakan gol sewaktu perlawanan persahabatan malaysia dengan liverpool tempoh hari berazam untuk menjulang nama malaysia di mata dunia disamping mencapaikan hasrat malaysia untuk bangkit di dalam sukan bola sepak ke peringkat antarabangsa..

Di dalam keghairahan malaysia untuk menang malam ini, kem malaysia pula menghadapi berita kurang senang apabila penyerang negara Norshahrul idlan dan s.chanturu tidak dapat bermain kerana menghadapi kecederaan..setibanya malaysia di kota singa ini, malaysia telah menerima satu tamparan hebat apabila Radjoka Avramovic jurulatih singapura melontarkan kata-kata pelemah semangat dengan berkata malaysia tidak sehebat singapura dan pemain singapura lebih baik dari malaysia..namun bagi jurulatih malaysia, perkara itu sebagai pembakar semangat untuk pemain malaysia bagi menampilkan permainan berkualiti pada malam ini..

kepada semua peminat pasukan malaysia dan singapura anda boleh menonton perlawanan ini di Astro Arena 801 dan tv2 ..selamat maju jaya Malaysia !!


*gambar dari utusan online.

No comments:

Post a Comment