Friday, July 29, 2011

Konsert Dewa 19 November ini !!





Mahadewa Featuring Dewa 19 bakal dilangsungkan di stadium Larkin johor bahru pada 19/11/2011 dan pastinya akan menampilkan band terkenal indonesia ini yang akan menghiburkan peminat mereka di Malaysia..Band yang ditubuhkan pada tahun 1986 ini dianggotai oleh Ahamad Dhani , Once, yuke dan Andra ini pastinya akan mengegarkan selatan malaysia ini dengan lagu-lagu terhangat mereka yang telah lama popular di Malaysia..

Antara lagu-lagu yang masih menjadi siulan di malaysia adalah seperti "Pupus" , "Laskar cinta" dan " Dewi" pasti akan melepaskan rindu peminat dewa 19 disini..tiket hanya berharga RM 60 untuk seorang sudah pastinya bukan halangan kepada peminat Dewa 19 yang akan memenuhkan stadium Larkin nanti..

kepada semua peminat Dewa 19 diharap tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana amat jarang sekali band ini ke malaysia dan anda haruslah pergi ke Konsert ini dan dapat berhibur bersama mereka..dengan kehadiran band dewa 19 ini diharap dapat mengeratkan hubungan dua hala diantara malaysia dan indonesia yang keruh sejak kebelakangan ini..


Date : 19 November 2011
Time : 8 pm
Venue : Larkin Stadium, Johor Bahru, Malaysia.
Ticket : RM60 per person

2 comments: