Saturday, July 23, 2011

Kelayakan Piala dunia 2014 : malaysia tumbang di Jalan besar


Pasukan malaysia tumbang 3-5 keatas pasukan singapura di stadium jalan besar malam tadi..perlawanan yang disaksikan lebih 6 000 orang menjanjikan satu perlawanan menarik ditampilkan..Perlawanan dimulakan pada separuh masa pertama dengan satu kejutan berlaku apabila pasukan malaysia berjaya mendapatkan gol pertama pada 18 saat waktu permainan hasil jaringan safee sali yang diperolehi hasil kegagalan penjaga gawang singapura menepis keluar rembatan safee pada sebelum itu..namun pasukan malaysia pula dikejutkan dengan jaringan Aleksandar Duric pada minit ke-8 permainan hasil satu sepakan percuma yang diambil oleh Qui Li..malaysia yang cuba mencari gol kedua tiba-tiba hilang arah apabila melepaskan satu gol lagi pada minit ke-22 hasil jaringan Qiu Li yang mudah menewaskan sharbinee alawi hasil dari satu sepakan percuma disebelah kiri gawang gol malaysia..


malaysia yang tertekan mencari gol penyamaan sekali lagi gagal menangkis serangan singapura dan menyebabkan gawang malaysia bocor lagi pada minit ke-44 dan 45 hasil jaringan Mustafic Fahrudin dan Jia yi shi..ketinggalan 4-1 telah memberikan tekanan buat malaysia dan puncanya adalah kelalaian benteng malaysia menghalang serangan singapura..

pada separuh masa kedua, malaysia dikejutkan lagi dengan kad merah kepada kapten malaysia iaitu safiq rahim yang mengasari pemain tengah singapura dengan menendang pinggang pemain tersebut..malaysia yang semakin tertekan akhirnya sedikit lega kerana pemain singapura pula dilayankan kad merah iaitu Ismail bin yunos yang mengasari s.kunalan...

malaysia yang terdesak mencari jaringan akhirnya mendapat gol hasil hantaran mahali jasuli pada minit ke-70 dan mudah di sepak oleh abdul hadi yahya untuk malaysia merapatkan jurang 4-2..malaysia sekali lagi menambah gol melalui safee sali yang bijak menewaskan keeper singapura seminit kemudian dan berjaya merapatkan jurang gol kepada 4-3..

malaysia yang semakin hebat mengasak akhirnya tumpas lagi kali ini malalui aleksandar duric yang berjaya melakukan turning yang cantik sebelum menewaskan fadhlishas dan sharbinee alawi untuk gol ke-5 singapura...singapura bakal kemalaysia khamis ini bagi perlawanan kedua yang akan berlangsung di stadium nasional bukit jalil.

No comments:

Post a Comment