Wednesday, July 6, 2011

Kelantan juara liga super 2011


tamat kesemua perlawanan liga super 2011 malam tadi dimana Kelantan muncul juara liga super buat kali pertama selepas pencabar terdekat selangor gagal mencatat kemenangan di ipoh..Kelantan mencatat kemenangan 2-1 di stadium likas hasil jaringan norshahrul idlan telah membawa pasukan pantai timur itu menjulan piala liga super 2011 dan merampas dari selangor..kejayaan tersebut amat bermakna buat kelantan yang selama ini berusaha keras untuk mengecapi kemenangan dan pasukan kelatan bakal menjulang piala liga super di wisma FAM pagi jumaat ini..

sementara terengganu memintas selangor ditangga kedua untuk menjadi naib juara liga 2011 dengan berkelebihan 2 mata selepas membelasah felda unted 6-2 di stadium MBPJ malam tadi..hadi yahyah muncul wira terengganu apabila berjaya mencatat hatrik dan membantu terengganu menang besar malam tadi..selangor gagal meraih kemenangan dan sekadar seri tanpa jaringan dengan perak di ipoh..perlawanan yang lembab serta pernmainan perlahan kedua-dua pasukan sambil serangan yang tumpul adalah punca keputusan berkesudahan seri 0-0..

keputusan lain harimau muda gagal mengunakan kelebihan bermain di gelanggan sendiri apabila sekadar seri 2-2 dengan johor fc dan negeri sembilan berjaya mencatat kemenangan 2-0 keatas pasukan tercorot perlis..pahang yang juga bakal tersingkir dari liga super mengalami kekalahan mengejut apabila tewas 0-1 dengan kedah di stadium darul makmur..perlawanan lain T-team tewas 2-3 dengan kuala lumpur di kuala terengganu...

dengan ini tutuplah sudah tirai liga super 2011 dan tahniah kepada pasukan kelantan kerana berjaya menjuarai liga super 2011 buat julung kalinya

keputusan penuh :

SABAH (1) VS KELANTAN (2)
PERAK (0) VS SELANGOR (0)
FELDA UNITED (2) VS TERENGGANU (6)
HARIMAU MUDA (2) VS JOHOR FC (2)
NEGERI SEMBILAN (2) VS PERLIS (0)
PAHANG (0) VS KEDAH (1)
T-TEAM (2) VS KUALA LUMPUR (3)

No comments:

Post a Comment