Tuesday, July 26, 2011

Harimau Muda menang perlawanan pertama di Slovakia.




Skuad Harimau Muda yang berkelana ke Slovakia memenangi perlawanan sulung ketika bertemu dengan kelab FK Bodva Moldava nad Bodvou hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Noor pada minit ke-47.

Skuad bawah 23 tahun yang dibimbing jurulatih Ong Kim Swee kini dalam rangka persiapan menjelang kelayakan Olimpik September ini serta dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA. Ini merupakan satu persembahan positif skuad negara dalam persiapan Malaysia ke sukan sea di Indonesia hujung tahun ini dan pasti perkara ini akan menyakinkan penyokong malaysia untuk terus menyokong malaysia.

Harimau Muda dijangkan akan mengadakan 12 perlawanan persahabatan dengan Kelab Liga Divisyen Satu Slovakia termasuk dua perlawanan persahabatan antarabangsa bertemu skuad Olimpik Austria dan Republik Czech.Pendedahan bermain di eropah ini adalah satu perkara yang membuahkan hasil ini kerana dengan bermain diluar negara telah membantu malaysia menjuarai piala AFF 2010 yang lalu.

1 comment: