Friday, July 22, 2011

Chelsea hampir dimalukan di Malaysia


Pasukan Chelsea hampir dimalukan di Stadium Bukit Jalil kuala lumpur apabila hampir-hampir tewas dengan skuad pilihan malaysia yang terdiri beberapa pemain senior dan pemain skuad olimpik negara..hampir 80 000 orang menghadiri perlawanan yang penuh dengan sorakan terhadap pasukan chelsea...pada separuh masa pertama ,perlawanan terikat 0-0 dengan pasukan chelsea lebih banyak menguasai bola dan hanya sekali sekala pasukan malaysia dapat melakukan serangan balas..chelsea yang terlepas beberapa deretan peluang gagal menewaskan farizal marlias yang beraksi cemerlang pada malam tadi..


pada separuh masa kedua..jurulatih ong kim swee telah membuat beberapa pertukaran dengan memasukan pemain muda dilihat lebih banyak mencipta peluang..namun pada minit ke-78 ,sepakan penalti daripada penyerang chelsea iaitu drogba telah berjaya menewaskan penjaga gol kedua Mohd. Izham Tarmizi yang gagal menghalang bola tersebut daripada memasuki gawang malaysia..namun gol itu dilihat kontroversi kerana pemain malaysia menyangkakan bola itu jatuh diatas garisan dan belum masuk ke dalam gawang malaysia..namun penjaga garisan membenarkan gol tersebut..

malaysia hampir menyamakan kedudukan pada minit 88 apabila thami arasu hampir menewaskan penjaga gol chelsea namun bola yang dirembatnya gagal menepati sasaran dan terkeluar dari gawang gol chelsea...pemain malaysia harus dipuji kerana menampilkan aksi terbaik mereka dan berjaya membuat pasukan chelsea cemas seketika dengan beberapa percubaan bahaya pemain malaysia...tahniah malaysia !!!!

1 comment:

  1. tgk game nie!! bessttt sgt tgk chelsea berusaha bersungguh2..! tp pemain malaysia bermain ngan cemerlang skali!! syabass

    ReplyDelete