Tuesday, July 19, 2011

Chelsea FC Asia Tour 2011 - Training Session




19/7/2011 - bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil, kuala lumpur pasukan bola sepak terkemuka England iaitu Chelsea mengadakan latihan bebas sebelum mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan pilihan malaysia..Chelsea yang gagal meraih kejuaraan piala liga musim lalu tampil dengan pentadbiran baru yang diketuai oleh villa-boas dari portugal yang bakal membawa chelsea ke satu generasi baru dalam bola sepak england..







Chelsea tampil ke malaysia kali ini dengan pasukan terkuat mereka yang diketuai oleh Frank Lampard, Peter Cech, Drogba dan Torres yang pasti akan menampilkan persembahan menarik yang dijangki dihadiri 80 000 penyokong kedua-dua pasukan..ini kali ketiga chelsea ke malaysia yang kali terakhir datang ke malaysia pada 2008 yand dimenangi chelsa dengan jaringan 2-0 di stadium shah alam..







sesi latihan pasukan chelsea ini bermula pada jam 7 malam dan dihadiri lebih 20 ribu penyokong chelsea yang berkesempatan untuk melihat pemain kesayangan mereka..pemain chelsea kelihatan bersemangat kerana mereka bakal bertemu pasukan muda malaysia pada perlawanan persahabatan ini..bagi pasukan malaysia, 9 orang muka lama yang dipanggil pasti menjanjikan persaingan sengit pasukan malaysia untuk menewaskan chelsea pada 21 julai ini..







kepada penyokong malaysia yang akan ke stadium di harap dapatlah memakai baju harimau malaya bagi menunjukkan sokongan terhadap bola sepak malaysia dan tidak terlalu fanatik dengan pasukan dari luar..chelsea yang terkenal dengan permainan pantas bakal menjadi cabaran terbaik untuk pemain muda malaysia menimba ilmu untuk memantapkan pasukan bagi kelayakan olimpik 2012 dan sukan sea nanti..semoga player malaysia dapat bermain bersungguh-sungguh ketika perlawanan nanti..






inilah diantara beberapa gambar yang berjaya di capture di stadium pada sesi latihan pasukan chelsea..jangan lupa juga untuk lihat review training chelsea di www.mohdzaid.com ...disana anda juga dapat mengetahui pasukan chelsea dengan lebih lanjut tentang training pasukan chelsea di bukit jalil..

No comments:

Post a Comment