Sunday, July 17, 2011

Maxis BlackBerry Playbook Exclusive Bloggers Workshop



16 Julai 2011 - bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) berlangsung satu acara iaitu " Blackberry Playbook Exclusive Bloggers Workshop" bertujuan untuk memperkenalkan Playbook kepada blogger-blogger terkenal di Malaysia..saya berterima kasih kepada Nuffnang Malaysia kerana menjemput saya untuk menghadiri workshop dan banyak pengetahuan tentang Playbook yang dapat saya pelajari di workshop ini..pada acara ini,banyak tetamu yang hadir seperti DD fabolus ,izzlatif, tertikus rosak dan ramai lagi..




saya tiba di KLCC pada jam 10 pagi dan terus daftar di meja Nuffnang,.selesai daftar saya pun terus masuk ke dalam hall yang disediakan untuk acara ini..saya duduk semeja dengan izzlatif dan kimberly wan..mereka berdua merupakan kawan baru saya yang saya kenali di workshop ini..izzlatif merupakan seorang pelajar dari KLMU manakala kimberly @ kim merupakan pelajar dari Taylor college..mereka berdua sangat peramah dan saya sangat gembira kerana mendapat kawan yang mempunyai hobi yang sama..





workshop ini bermula pada jam 10.45 pagi dengan ucapan dari Fresh (Nuffnang) dan diteruskan ucapan serta penerangan Blackberry playbook dari Eric..Antara perkara penting yang diterangkan dalam workshop ini adalah apakah kegunaan Tablets dan kelebihan Tablets..Tahukah anda berapa berat Playbook? Playbook hanya seberat air tin iaitu lebih kurang 400 Gram..Antara kelebihan lain Playbook ini selain ringan adalah ia mempunyai jangkamasa bateri yang lama iaitu sekitar 8 jam..Playbook juga mempunyai 25 ribu aplikasi yang boleh digunakan untuk pengguna blackberry.



playbook juga sangat multi-tasking dan mempunyai OS sistem yang mempunyai ciri-ciri QNX teknologi...lebarnya selebar inci dan mempunyai resolusi 1024 X 600 serta capactive touch screen dan WSVGA..ia juga mempunya HD kamera dan mempunyai 1 gig RAM dan ROM..Playbook juga boleh disokong dengan format html,java,flash 10.1 dan rakaman HD nya yang boleh mencecah 1080 pixel..ia juga boleh melaraskan pixel untuk merakam sesuatu video..selain itu, Playbook tidak mempunyai butang tekan pada skrin dan hanya mempunyai 1 suis on/off...

playbook ini sangat bagus di pasaran kerana ia mempunyai QNX yang boleh menyokong OS ..dan dijadikan platform untuk playbook berfungsi dengan baik..playbook juga mempunyai satu perkara istimewa iaitu ,ia boleh di sambungkan connectivity dengan smartphone yang lain dengan mengunakan Blackberry bridge yang boleh didapati di Application world dengan percuma..dengan ini anda boleh merasakan penggunaan playbook di smartphone anda..hebat kan ? ..satu lagi kelebihannya adalah apabila satu tablet di connect dengan smartphone..data yang dihantar tidak akan direkodkan dan ia selamat digunakan serta tiada pencerobohan maklumat peribadi seseorang pengguna..

dimasa akan datang, Playbook akan mengeluarkan aplikasi Angry Bird yang pasti akan menghiburkan pengguna playbook...QNX OS pada playbook juga menyokong pengguna Android dan ia tidak akan memberi masalah kepada pengguna...itulah serba sedikit penerangan yang disampaikan oleh Eric..

selepas itu,pihak maxis selaku penaja pula menerangkan tentang aplikasi yang ada pada playbook...maxis menyediakan beberapa aplikasi yang berguna seperti ;-




1. Finder 301 : untuk mencari sesuatu tempat menarik di malaysia seperti kedai makan,bank atau ATM

2. Formula 1 : untuk aplikasi formula ia akan menunjukkan segala maklumat terkini Formula 1..

3. Maxis Movie : aplikasi ini boleh melihat tayangan terkini di TGV dan GSC..

4. Currency Converter : pertukaran wang ringgit yang sentiasa update..

5. Language translator : anda boleh mempelajari lebih 70 bahasa dan sesuai digunakan ketika travel.

6. Maxis WIfi : anda boleh buka FB,twitter dan lain2 di Maxis wifi point.

itulah beberpa perkara yang saya pelajari di workshop ini..selepas penerangan ini,,kami pun makan tengah hari yang ditaja oleh hotel KLCC..huhu..sedap makan kat sini..hehe..acara diteruskan dengan pertandingan menjawab soalan dan permainan game di playbook..hadiah bagi pemanang adalah earphone Bluetooth yang berharga RM 200 ++ ..saya sempat untuk join game Need For Speed..namum tewas dengan blogger2 lain yang lagi handal..hehee...selepas permainan tamat,kami pun sempat bergambar dan acara tamat pada jam 3 petang...







terima kasih kepada pihak Nuffnang Malaysia kerana memberi peluang kepada blogger www.uzairothman.com untuk menyertai workshop ini dan diharap pihak Nuffnang Mlaaysia dapat menjemput saya lagi dimasa akan datang...Terima kasih !!



No comments:

Post a Comment