Saturday, July 16, 2011

Asia Tour 2011 : Malaysia (3) - Liverpool (6)

HERE IS OUR HERO







Kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpoool, mengalahkan Malaysia 6-3 pada perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, hari ini.perlawanan yang ternyata dikuasai oleh pasukan liverpool membuatkan penonton yang hadir ke stadium sangat teruja melihat kehandalan pemain-pemain eropah ini..Liverpool membuka jaringan pertama pada minit ke 26 selepas petahanan Malaysia mengasari pemain Liverpool di dalam kotak penalti..Charlie Adam mudah merembat masuk sepakan penalti selepas sharbinee gagal menjangkakan bola sepakan penalti tersebut..



namum malaysia bangkit pada minit ke-42 selepas dihadiahkan sepakan penalti di luar kotak penalti..safiq rahim muncul wira apabila menewaskan Brad Jones untuk mengikat kedudukan 1-1..tamat separuh masa pertama perlawanan seimbang namum penguasaan bola masih dipegang oleh liverpool..



pada separuh masa kedua,K.rajagobal menukarkan sharbinee kepada khairul fahmi untuk menjaga gawang pasukan malaysia telah menerima padah kerana pertukaran itu telah membawa nasib malang malaysia untuk menang keatas liverpool pada malam ini..kahirul fahmi melepaskan lima gol pada separuh masa kedua bagi membolehkan liverpool menang bergaya 6-3..david ngoc memulakan aksi gol liverpool pada minit ke 57 dan 58 dengan memdapat jaringan hasil kelekaan khairul fahmi yang gagal menjaga gawang malaysia dengan baik..maxi rodriguez menambah satu gol lagi untuk menjadikan keputusan 4-1...



ketika perlawanan berbaki 10 minit utk tamat..safee sali dimasukkan selepas menggantikan izzaq faris ramlan telah berjaya mengubah suasana di stadium..safee berjaya mendapatkan 2 gol pada minit ke 79 dan 81 untuk menghampiri jaringan kepada 3-4..hantaran amirul hadi zainal telah berjaya dihidu oleh safee sali telah menghasilkan 2 gol dalam masa 2 minit..namun malang buat malaysia apabila liverpool menambah 2 lagi gol pada minit ke 90 dan 93 hasil jaringan maxi rodriguez dan dirt kuyt...




tahniah kepada pasukan malaysia yang berjuang bersungguh-sungguh dan semoga berjaya untuk menumbangkan pasukan singapura pada kelayakan piala dunia 23 julai ini..k.rajagobal juga perlu memerhati pretasi penjaga gol khairul fahmi yang gagal beraksi baik dan dia menjadi punca kekalahan memalukan malaysia pada malam tadi..


Senarai Pemain: MALAYSIA: Mohd Sharbinee Allawee (Khairul Fahmi Che Mat), Mahali Jasuli, Mohd Asraruddin Putra, Mohammad Fadhli Mohd Shas (Mohd Rizal Fahmi), Shafiq Rahim (C) (Ismail Faruqi), Amar Rohidan (K. Gurusamy Govandar), Ahmad Fakri Shaarani (Shahrizal Mohd Saad), Abdul Hadi Yahaya (Izzaq Faris Ramlan) (Mohd Safee Mohd Sali), S. Kunalan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Muslim Ahmad.

Pemain LIVERPOOL: Brad Jones, Jonathon Flanagan, Raul Meireles, Daniel Agger, Andy Carroll, Joe Cole, Jack Robinson, Jay Spearing, Conor Coady, Jamie Carragher (Ketua Pasukan), Charlie Adam. Martin Kelly, Christian Poulsen, Jonjo Shelvey, Alberto Aqualini, Maxi Rodriguez, Sotirios Kyrgiakos, Dirk Kuyt, Emiliano Insua, Dany Wilson, David Ngoc, Peter Gulacsi dan Martin Hansen.


dengan pemakaian jersi malaysia berwarna biru putih sekali lagi telah membawa tuah kepada pasukan malaysia kerana mereka dapat menjaringkan 3 gol berharga untuk disaksikan di serata dunia dan amat membanggakan rakyat malaysia..tahniah safiq rahim dan safee sali serta pemain malaysia yang lain yang telah mengharumkan nama negara di persada dunia..tahniah !!!

No comments:

Post a Comment